KUALA LUMPUR: Kadar tol empat lebuh raya di bawah pengendali lebuh raya bandar terbesar di Lembah Klang, Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) akan diturunkan antara lapan dan 15 peratus (%) bermula 12.01 tengah malam Khamis, 20 Oktober.
Bagaimanapun menurut kenyataan dikeluarkan PROLINTAS, pengurangan kadar tol ini membabitkan kenderaan Kelas Satu (kenderaan yang mempunyai dua gandar, contohnya, kereta penumpang dan tiga atau empat roda, kecuali teksi dan bas), Kelas Empat (teksi) dan Kelas Lima (bas) di empat lebuh raya terlibat.
“Bagi kenderaan Kelas Dua (kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda, kecuali bas) dan Kelas Tiga (kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih, kecuali bas), kadar tol adalah tidak berubah,” ujarnya.
Empat lebuh raya terlibat ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).
Ini bermakna, pengguna lebuh raya AKLEH untuk kenderaan yang berada di Kelas Satu perlu membayar dengan harga RM2.13 berbanding RM2.50 dengan anggaran peratusan penurunan 15 peratus.
Manakala, pengguna lebuh raya GCE hanya perlu membayar RM1.75, pengguna lebuh raya LKSA (Seri Muda) bakal menikmati kadar tol sejumlah RM1.56 dan serendah RM0.83 bagi pengguna LKSA (Alam Impian) manakala RM1.66 untuk pengguna lebuh raya Kajang SILK selepas penurunan lapan peratus kadar tol.
Berikut adalah senarai penuh kadar tol baharu untuk Kelas Satu, Kelas Empat dan Kelas Lima:
Ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Oktober 2022 lalu, yang menyatakan penurunan kadar tol ini menandakan keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat yang berdepan dengan masalah kenaikan kos sara hidup.
Faris Danial Razi
Wed Oct 19 2022
Pengguna lebuh raya AKLEH untuk kenderaan yang berada di Kelas Satu perlu membayar tol dengan harga RM2.13 berbanding RM2.50 dengan anggaran peratusan penurunan 15 peratus. - Prolintas
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
China bantah hukuman kolektif sasar penduduk Gaza
China membantah serangan ke atas Rafah dan hukuman kolektif yang menyasarkan penduduk Gaza, menurut jurucakap Kementerian Luar China.
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.
Teknologi terkini lebuh raya Prolintas pastikan keselesaan, keselamatan pengguna
Lebuh raya Prolintas juga mendapat penarafan mengikut Indeks Bangunan Hijau (GBI).
Kadar tol lebuh raya AKLEH, GCE, LKSA dan Kajang SILK turun 8 - 15 peratus
Pengurangan kadar tol ini membabitkan kenderaan Kelas Satu, Kelas Empat dan Kelas Lima di empat lebuh raya terbabit.
Tanggungjawab Prolintas bayar kontraktor DASH, SUKE, bukan kerajaan
KKR memaklumkan Prolintas adalah pemegang konsesi bagi kedua-dua lebuh raya tersebut.
Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam ini
Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini.
Papan tanda tambahan Lebuhraya SUKE akan ditambah baik
Papan tanda tambahan di persimpangan bercabang sepanjang Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang baharu beroperasi, akan ditambah baik agar tidak mengelirukan pengguna.
Operasi pembersihan perancah besi DASH dihentikan akibat hujan lebat - Prolintas
Datuk Mohammad Azlan Abdullah menjelaskan kerja-kerja pembersihan akan bersambung pada Isnin.
Tragedi kren SUKE: Prolintas patuh arahan LLM lantik juruadit bebas
Prolintas dan SUKE akan memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada juruaudit bebas tersebut dalam mengkaji punca sebenar kejadian.
Tragedi SUKE: Prolintas ambil tindakan tegas jika terbukti ada kecuaian
Prolintas memandang serius isu keselamatan awam dan pekerja di tapak pembinaan.
Konkrit hempap kereta: KKR arah tindakan tegas diambil
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata insiden itu tidak seharusnya berlaku dan KKR tidak berkompromi dalam soal keselamatan serta nyawa orang ramai.
PROLINTAS lancar Pelan Anti Rasuah
PROLINTAS melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan Pelan Anti Rasuah dan Intergriti Organisasi (OACIP) dan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah pada Isnin.