ALOR SETAR: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui perkenan Sultan Kedah, Tuanku Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi tahun 2024.
Pengerusi LZNK, Datuk Seri Norizan Khazali berkata, kadar zakat fitrah tersebut yang ditetapkan adalah sebanyak RM7, RM14.50 dan RM22.
Menurutnya, penetapan kadar zakat fitrah adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di Kedah pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.
"Kadar RM7 adalah bagi umat Islam di negeri ini yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super spesial tempatan (5 peratus hancur) dan setaraf dengannya.
"Kadar kedua adalah RM14.50 bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf dengannya.
"Satu lagi adalah kadar RM22 bagi yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis basmathi, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya," katanya pada sidang media di Menara Zakat LZNK di sini pada Selasa.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Zakaria Othman.
Norizan yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah berkata, semua umat Islam digalakkan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut jenis beras yang menjadi kebiasaan makanan setiap hari.
Bagaimanapun katanya, sekiranya beras yang dimakan setiap hari adalah beras super spesial tempatan, namun individu tersebut mampu membayar lebih iaitu pada kadar RM14.50 atau RM22, maka digalakkan membayar fitrah pada kadar yang lebih baik.
"Sasaran kutipan zakat fitrah untuk tahun 2024 adalah sebanyak RM12.65 juta berbanding kutipan tahun lalu RM12.05 juta," ujarnya.
Beliau berkata, LZNK menggalakkan pembayaran zakat secara dalam talian selain bayaran dibuat menerusi 2,707 amil yang dilantik di seluruh negeri.
Katanya, pembayaran boleh dilakukan melalui laman sesawang JomZakat (jom.zakatkedah.com.my), portal pembayaran zakat fitrah (zakatfitrah.com.my), Zakat On Touch selain di kaunter bank dan amil yang dilantik di kariah masing-masing.
“Pada tahun ini juga amil yang dilantik akan menggunakan kaedah digital sepenuhnya sama ada menggunakan sistem MyAmil, memaparkan kod QR untuk diimbas pembayar zakat atau berkongsi pautan pembayaran yang disediakan.
"Pembayar pula akan menerima resit melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Norizan berkata, bagi pembayar yang menghadapi masalah menggunakan kaedah digital tidak perlu bimbang kerana amil yang dilantik akan dibekalkan buku resit zakat fitrah, namun pada kuantiti yang terhad. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 27 2024
Zakat fitrah di Kedah bagi tahun 2024 ditetapkan pada kadar RM7, RM14.50 dan RM22. - Gambar hiasan
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Banjir kali ini dijangka lebih buruk dari 2014
Banjir yang sedang melanda Kelantan dan Terengganu dijangka lebih buruk berbanding bencana tahun 2014.
Inflasi Malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Ekonomi Malaysia dijangka kekal sederhana dalam persekitaran cabaran luaran
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal sederhana hingga akhir 2024, berikutan permintaan luaran yang lemah dan ketidaktentuan dasar global yang berterusan.
Gunung Fuji kembali dilitupi salji, paling lewat pernah direkodkan
Gunung Fuji, ikon Jepun diselimuti salji pertama musim ini pada Rabu, menjadikannya tarikh paling lewat dalam rekod berikutan cuaca panas yang luar biasa, menurut Agensi Berita Kyodo.
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
BNM diunjur kekalkan OPR 3.0%, namun risiko cenderung ke arah kenaikan - Standard Chartered
Standard Chartered Global Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3%.
Banduan bebas awal terharu diberi pengampunan Agong
Lelaki yang sepatutnya menjalani hukuman penjara 10 tahun itu merupakan satu-satunya banduan di Negeri Sembilan yang dibebaskan awal.
Lebih 100,000 warnai sambutan Hari Kebangsaan 2024 - Fahmi
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar dengan lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya di sini hari ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar - Fahmi
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya Sabtu ini dijangka berjalan lancar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.