KUALA LUMPUR: Menghadapi persaingan sengit dari seluruh dunia, Akmal Musyrif Mohd Shariff berjaya mendapat tempat yang diidamkan di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA) yang berprestij pada tahun ini, menyertai beberapa pelajar Malaysia yang melakar kejayaan sama sebelum ini.
Akmal Musyrif, 20, graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), akan mendaftar dalam tempoh dua minggu di Colorado, Amerika Syarikat (AS).
Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan AS, Manu Bhalla, menyerahkan surat penerimaan itu dalam satu majlis yang diadakan di sini Selasa, dan berkata pencapaian berkenaan terus menunjukkan kerjasama yang kukuh dan berkembang antara AS dan Malaysia.
"Kerjasama antara Malaysia dan AS telah membuka peluang dan pertukaran luas untuk pelajar Malaysia datang ke AS dan rakyat Amerika datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka.
"Ini (akademi ke akademi) adalah sebahagian daripada kerjasama yang hebat ini," kata Bhalla.
Bhalla turut mengucapkan terima kasih kepada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan agensi tentera lain atas sokongan padu mereka dalam mengukuhkan hubungan antara akademi perkhidmatan AS dan Malaysia.
Tahun ini, 95 negara dipelawa untuk menamakan calon, dengan matlamat untuk mendaftarkan pelajar asing di setiap akademi perkhidmatan AS.
Pada masa ini, terdapat tujuh kadet Malaysia yang menjalani latihan di AS - tiga di Akademi Tentera AS West Point, dua di Akademi Tentera Laut AS (USNA) dan dua di USAFA.
Bagi Akmal Musyrif, beliau teruja untuk memulakan perjalanan baharu sebagai kadet yang belajar di luar negara.
Apabila ditanya sama ada beliau juga akan bertanggungjawab untuk kemas kini media sosial seperti kadet-kadet sebelumnya, beliau menjawab, "Saya ingin melakukan perkara yang sama untuk terus memberi inspirasi kepada golongan muda di luar sana. Belajar dengan baik dan belajar di luar negara."
Akmal Musyrif bakal menamatkan pengajian pada 2028.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024
Manu Bhalla menyerahkan surat penerimaan itu kepada Akmal Musyrif dalam satu majlis yang diadakan di sini Selasa. - Gambar/ Bernama
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Dua kadet Malaysia dipilih sertai akademi tentera AS
Dua kadet dari Malaysia berjaya dipilih memasuki akademi tentera Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini, umum Kedutaan AS hari ini.