TOKOH Wartawan Negara, A. Kadir Jasin melalui blognya, The Scribe, beberapa hari lalu menulis sebuah catatan yang cukup menarik mengenai orang Melayu. Tulisan itu bertajuk Adakah Lagi Tempat Melayu Bergantung?
Tulisannya itu pendek -- cukup pendek, tidak sampai pun 500 patah perkataan. Ia bagaimanapun mengangkat satu persoalan besar yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang.
Tulisan Kadir itu bertolak daripada soalan seorang kawannya -- seorang usahawan Melayu yang pernah tersohor tetapi sekarang terpelanting daripada perniagaan arus perdana di negara ini kerana politik. Kawannya itu bertanya melalui satu mesej ringkas dari Milan, Itali: "Kepada siapakah orang Melayu boleh bergantung?"
Kadir tidak memberikan jawapan yang jelas. Beliau sebaliknya mengemukakan 10 fakta, andaian dan keluhan untuk memancing perbahasan. Beliau menyiapkan kerangka untuk perbahasan itu apabila melukiskan dengan sepintas lalu -- menyentuhnya pada permukaan saja -- akan perihal politik, ekonomi dan sikap orang Melayu.
Suara ketiga
Namun Kadir pada masa yang sama menegaskan semula pendiriannya bahawa zaman orang Melayu bergantung semata-mata kepada kepimpinan politik Melayu sudah berakhir. "Kalau orang Melayu masih berasa perlu mempertahankan bangsa mereka, mereka perlu mewujudkan suara atau kuasa ketiga di luar kerangka politik dengan berpayungkan raja-raja mereka," tambahnya.
Tulisan Kadir itu tentu mengingatkan sesetengah daripada kita kepada sebuah rencananya yang tersiar di Mingguan Malaysia pada 18 Februari 1996. Semangat dua buah rencana itu hampir sama -- merakamkan keresahan beliau terhadap nasib dan kedudukan orang Melayu dalam struktur kuasa semasa -- biarpun kedua-duanya ditulis pada jarak 17 tahun.
Tulisannya di akhbar Ahad yang popular itu bertajuk Suara Melayu, UMNO dan Kerajaan. Kadir melontarkan beberapa pertanyaan: Siapakah yang mewakili suara orang Melayu dalam hal-hal pokok seperti ekonomi, budaya, pendidikan dan bahasa? Adakah pemimpin UMNO yang memegang jawatan kerajaan mewakili suara orang Melayu? Adakah betul suara kerajaan adalah suara Melayu dan suara Melayu adalah suara kerajaan?
Pemisah
Kadir berpendapat harus ada garis pemisah yang jelas antara UMNO dan kerajaan demi memastikan suara orang Melayu didengar dan kepentingan mereka terpelihara. Tulisan Kadir itu diulas oleh penasihat ekonomi kerajaan (ketika itu), Tun Daim Zainuddin. Tajuk ulasan Daim ialah Orang Melayu Hilang Keberanian. Daim yang selalu diam itu berterus-terang. Beliau menghentam akhbar kerana "membisukan suara Melayu". Beliau mengkritik orang Melayu yang "tidak sanggup menyoal apa-apa" kerana hendak menjaga periuk nasi. Beliau mencabar orang Melayu supaya "berani beri buah fikiran".
Tulisan Kadir dan Daim itu kemudian mencetuskan satu debat hangat di media menyentuh antaranya soal keberanian orang Melayu bersuara, tentang intelektual Melayu serta sikap media Melayu yang tidak terbuka kepada pandangan yang kritikal terhadap pemerintah.
Polemik itu menarik perhatian banyak tokoh pemikir dan politik Melayu termasuk Rustam A. Sani (Allahyarham), Kassim Ahmad, Subky Latiff, Prof. Madya Mohamad Abu Bakar dan ramai lagi. Johan Jaaffar yang memimpin Kumpulan Utusan pada ketika itu membuka ruang yang luas kepada tokoh pemikir dan politik Melayu untuk berkongsi pandangan.
Presiden Parti Rakyat Malaysia (ketika itu), Syed Husin Ali (sekarang Senator dan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat) pada masa itu pun menulis di Mingguan Malaysia. Tulisannya yang disiarkan pada 14 April 1996 menanyakan apakah polemik itu "tiupan awal angin perubahan?"
Polemik tulisan Kadir dan ulasan Daim itu membawa kepada kupasan tentang ke manakah hilangnya suara cerdik pandai Melayu, soal kemandulan intelektual di universiti, nilai feudal dalam kerangka pemikiran orang Melayu sampailah kepada kedudukan hubungan media dengan pemerintah.
Semua tulisan itu kemudian dihimpunkan oleh Allahyarham A. Karim Abdullah dalam sebuah buku nipis bertajuk Melayu Hilang Keberanian: Suatu Polemik. Allahyarham atau lebih dikenali mesra dengan panggilan Bung Karim adalah seorang pengumpul yang baik, gigih dan peka. Banyak buah fikiran tokoh wartawan yang cukup dihormati, A. Samad Ismail yang bertabur dalam rencana, kertas kerja serta ucapan -- beliaulah yang menyelamatkannya untuk renungan generasi mendatang.
Renungan
Bung Karim mengambil inisiatif menyelenggarakan buku tersebut malah menerbitkannya sendiri kerana melihat polemik tersebut penting untuk jadi renungan bersama. Buku itu diberikan kata pengantar oleh Samad. "Adakah benar kita sekarang takut menyatakan pendapat kita yang tidak selari dengan pandangan kerajaan?" Tanya Samad dalam kata pengantarnya. Dia menjawab soalannya itu sendiri: "Saya tidak fikir kita kini diserang budaya takut untuk bersuara menyatakan pendapat kita. Bahkan media kita juga tidak selamanya akur sahaja dengan pendapat pihak berkuasa."
Apa yang ditulis oleh Kadir 17 tahun lalu sebenarnya adalah soalan yang hampir sama yang beliau lontarkan melalui blognya awal minggu ini. Ia masih relevan ditanyakan semula sekarang. Malah apa yang ditulisnya pada awal minggu ini melengkapi persoalan yang beliau pertama kali kemukakan 17 tahun lalu.
Barangkali ada beberapa perkara yang berbangkit sepanjang polemik lebih 100 hari antara Februari hingga Mei 1996 itu yang mungkin sudah tidak lagi relevan kerana perubahan dasar kerajaan, atau barangkali tidak lagi jadi isu kerana suasana politik yang berubah selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 serta landskap media yang tidak lagi sama.
Tetapi masih ada juga beberapa hal yang tidak selesai.
Noor Azam Shairi
Thu Feb 28 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu kenamaan lain serta perbicaraan kes-kes rasuah berprofil tinggi bukanlah sebab untuk rakyat bergembira.
Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik.
Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional.
Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.
[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman
Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.
Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir
Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.
Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin menyeru ahli-ahli Bersatu agar bertenang dan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan untuk menangani situasi politik semasa.
Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau melanggar prinsip dan janji yang dibuat terhadap Anwar.
Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO
A Kadir percaya kedua-dua pemimpin yang dianggap sebagai Melayu moderat itu, mampu membawa kembali UMNO kepada prinsip kesederhanaannya
Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri
Video intim Sandakan yang tular baru-baru ini seolah-olah mempunyai kehidupan tersendiri dalam arena politik negara.