awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaedah pengajaran berpasukan wajar diberi peluang dilaksanakan - NUTP

Bernama
Bernama
11/11/2025
08:45 MYT
Kaedah pengajaran berpasukan wajar diberi peluang dilaksanakan - NUTP
Aminuddin berkata kaedah pengajaran bersama dua guru dalam satu kelas itu adalah inovasi pendidikan yang tidak wajar dilihat sebagai beban baharu kepada guru. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kaedah pengajaran berpasukan atau 'co-teaching' wajar diberi peluang untuk diuji sebelum sebarang penilaian dibuat terhadap keberkesanan dan kesesuaiannya di sekolah.

Ringkasan AI
  • Kaedah pengajaran berpasukan atau 'co-teaching' perlu diberi peluang untuk diuji sebelum penilaian terhadap keberkesanan dilakukan di sekolah.
  • Pelaksanaan pengajaran bersama dua guru dalam satu kelas perlu difahami secara menyeluruh tanpa dilihat sebagai beban baharu kepada guru.
  • Inisiatif pengenalan pembantu guru di sekolah terpilih perlu diperluaskan selepas melihat kesan positif yang berjaya mengurangkan beban guru serta menjamin fokus guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang berkata kaedah pengajaran bersama dua guru dalam satu kelas itu adalah inovasi pendidikan yang tidak wajar dilihat sebagai beban baharu kepada guru, sebaliknya perlu difahami secara menyeluruh.
"Semua berpandangan bahawa semua kelas di semua sekolah akan ada dua orang guru. Sebenarnya pengajaran berpasukan ini akan diperkenalkan untuk murid Tahun Satu dan hanya mata pelajaran Alam dan Manusia.
"Jadi, tidak timbul isu kekurangan guru sebab apabila Alam dan Manusia ini diperkenalkan, ada beberapa mata pelajaran lain dihapuskan seperti Pendidikan Seni Visual, Muzik dan Pendidikan Kesihatan," katanya hari ini.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum ini mengumumkan kaedah pengajaran berpasukan bakal dilaksanakan dalam Kurikulum Persekolahan 2027.
Inisiatif yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan (KPM) itu bakal menekankan keseimbangan antara pencapaian akademik dan pembentukan karakter, sekali gus melahirkan generasi pelajar yang bukan saja cemerlang dari segi ilmu tetapi memiliki jati diri kukuh, berdisiplin, beradab dan bernilai moral tinggi.
Sementara itu, Aminuddin berkata inisiatif kerajaan memperkenalkan pembantu guru di sekolah terpilih wajar diperluaskan selepas melihat kesan positif pendekatan itu, yang berjaya mengurangkan beban guru.
Beliau berkata sebanyak 548 pembantu guru kontrak di bawah Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia (MySTEP) telah ditempatkan di lebih 200 sekolah dengan jumlah murid melebihi 1,500 orang.
Usaha itu pertama kali dilaksanakan sebagai sebahagian inisiatif KPM untuk meringankan beban tugas guru dan memastikan warga pendidik itu kekal fokus ketika proses pembelajaran dan pengajaran (PnP) dalam bilik darjah.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#pengajaran 'co-teaching'
#NUTP
#Fadhlina Sidek
#guru
#sekolah
#Aminuddin Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan