awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kailan ikan masin RM18, pemilik restoran beri penjelasan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
29/11/2021
09:13 MYT
Kailan ikan masin RM18, pemilik restoran beri penjelasan
Pelanggan tersebut berkongsi pengalamannya di media sosial dengan memuat naik gambar resit serta bungkusan sayur kailan ikan masin yang didakwa terlalu mahal dan tidak setara dengan kuantiti.
KEPALA BATAS: Pemilik restoran makanan Anjung Ikan Bakar Nory di sini yang didakwa menjual sebungkus sayur kailan ikan masin sebanyak RM18 tampil membuat penjelasan mengenai harga yang dikatakan tidak setara dengan kuantiti.
Menurut laman Facebook restoran berkenaan, insiden tersebut mungkin berlaku akibat salah faham yang tidak disengajakan daripada pihak restoran sewaktu menyediakan hidangan pelanggan.
Menerusi hantaran itu, pengurusan restoran berkenaan menjelaskan, harga masakan sayur kailan ikan masin adalah berbeza mengikut permintaan dengan memaparkan gambar menu yang ditawarkan.
Kenyataan itu berkata, harga menu itu bagi hidangan saiz kecil dijual pada harga RM6 diikuti RM12 (ukuran sederhana) dan RM18 (ukuran besar).
“Mungkin ada kesilapan yang tak disengajakan daripada pihak kami . Harap perkara itu tidak berlaku lagi. Kesilapan kami, mungkin juruwang kami tersilap memasukkan harga pesanan hidangan bersaiz besar (L).
"Ataupun mungkin pesanan dibuat bersaiz besar tetapi pekerja bahagian dapur telah menyediakan hidangan tersebut bersaiz kecil (berdasarkan gambar yang tular),” kata kenyataan tersebut.
BACA: Selepas kontroversi harga sotong, kecoh pula kailan ikan masin RM18 sebungkus di P. Pinang
BACA: Kailan ikan masin RM18: KPDNHEP beri peniaga tempoh 2 hari buat penjelasan
Sementara itu, pemilik restoran berkata, pelanggan yang berdepan dengan isu tersebut sepatutnya tampil bertemu dengan mereka secara terus dan bukannya dengan memuat naik di laman media sosial sehingga menjadi tular.
"Jika pihak kami silap, boleh datang terus bertemu kami untuk menyelesaikan isu ini dan bukan ditularkan (di media sosial)," kata kenyataan itu lagi.
Pada Ahad, seorang pelanggan mendakwa telah membeli sebungkus kailan ikan masin bagi seorang makan pada berharga RM18 di sebuah restoran di Kepala Batas.
Tanpa mendedahlan nama restoran terbabit pelanggan tersebut berkongsi pengalamannya di media sosial apabila memuat naik gambar resit serta bungkusan sayur kailan ikan masin yang didakwa terlalu mahal dan tidak setara dengan kuantiti.
Resit berkenaan turut memaparkan harga lauk jenahak RM90, sayur campur (RM9) serta ulan dan sambal (RM5) dengan nilai keseluruhan RM122.
Perkongsian pelanggan tersebut mendapat perhatian ramai sehingga tular di laman sosial hari ini yang rata-rata mendakwa harga tersebut mahal.
Topic Berkaitan
#kailan ikan masin RM18
#Anjung Ikan Bakar Nory
#Kepala Batas
#pemilik restoran minta maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan