awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2024
08:15 MYT
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Penduduk kampung bergotong-royong mengalihkan jenazah selepas tanah perkuburan runtuh dalam kejadian hakisan di Kampung Pengkalan Maras, Kuala Nerus.
KUALA NERUS: Ancaman hakisan yang berlaku di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, di sini menyebabkan lima jenazah termasuk tiga yang masih berkain kafan dikebumikan semula selepas beberapa kubur runtuh akibat hakisan ombak yang melanda tanah perkuburan tersebut pada Sabtu.
Bagaimanapun, seorang waris Siti Idayu Mohd Ali, 41, berkata, dia terkejut apabila melihat kain kafan arwah ibunya masih berada dalam keadaan baik meskipun sudah 12 tahun dikebumikan.
"Arwah mak meninggal pada tahun 2012. Saya dimaklumkan tentang perkara itu selepas melihat status WhatsApp dan Facebook penduduk kampung.
"Jadi dalam jam 8.30 pagi tadi saya datang melihat kubur arwah ibu. Alhamdulillah...kain kafan arwah ibu masih baik dan tak hancur," katanya ketika ditemui Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras di sini pada Sabtu.
Sementara itu, seorang lagi waris, Nursyuhada Alias, 19, pula berkata, ancaman hakisan tersebut semakin memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Justeru, Nursyuhada berkata, kubur arwah neneknya, Puteh Omar sememangnya terletak di tepi pantai dan sangat berisiko untuk runtuh akibat hakisan tersebut.
Penduduk kampung bergotong-royong mengalihkan jenazah selepas tanah perkuburan runtuh dalam kejadian hakisan di Kampung Pengkalan Maras, Kuala Nerus.
Penduduk kampung bergotong-royong mengalihkan jenazah selepas tanah perkuburan runtuh dalam kejadian hakisan di Kampung Pengkalan Maras, Kuala Nerus.
"Jadi kami sekeluarga berharap agar pihak berkuasa mengambil satu langkah bagi menangani isu ini supaya tidak berlaku lagi insiden yang sama," ujarnya.
Tinjauan mendapati kerja-kerja mencari rangka jenazah untuk dipindahkan ke tanah perkuburan lain yang selamat daripada ancaman hakisan masih giat dijalankan.
Difahamkan, terdapat lapan kubur akan dialihkan dan kesemua jenazah tersebut sudah tidak sempurna kecuali dua jenazah yang masih ada tengkorak.
Proses pengebumian semula itu dijangka dijalankan di Tanah Perkuburan Islam Hajar, Kampung Awang Lib pada petang.
Ketika ini, terdapat lebih 200 jenazah disemadikan sejak tanah perkuburan itu dibuka di kampung tersebut lebih 70 tahun lalu.
Sementara itu, Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun menyatakan pihak Jabatan Agama Islam dan Hal Ehwal Agama (JHEAT) telah diberi kebenaran untuk menggali dan memindahkan beberapa kubur yang berpotensi dihanyutkan ombak dengan segera.
"Proses tersebut perlu dilakukan kerana risiko lebih banyak kubur hanyut akibat hakisan disebabkan Monsun Timur Laut yang melanda Terengganu ketika ini," jelas beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#hakisan tanah
#kubur lama
#Kuala Nerus
#kain kafan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan