awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaji dahulu sebelum laksanakan semula GST - Mukhriz

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
03/10/2019
07:40 MYT
Kaji dahulu sebelum laksanakan semula GST - Mukhriz
MUKHRIZ: Kerajaan perlu mengkaji semula pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), sekiranya itu kehendak rakyat.
Alasan yang rasional dan kukuh perlu dikemukakan sekiranya mahu mengembalikan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) seperti yang disarankan oleh beberapa pihak termasuk Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
Jelas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, apa sahaja sistem percukaian yang diguna pakai kerajaan mestilah mengutamakan kepentingan masyarakat agar perkara itu seimbang dengan hasil pendapatan masing-masing.
Jelas Mukhriz, kerajaan perlu mengkaji semula pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), sekiranya itu kehendak rakyat.
Pada masa sama, beliau menegaskan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan kembali sejak tahun lalu berfungsi dengan baik setakat ini walaupun terdapat sedikit kelemahan.
BACA: Kerajaan sedia kaji semula pelaksanaan GST - Dr Mahathir
"Saya ingat sistem yang kita ada sekarangpun walaupun ada sedikit kelemahan tapi ia berfungsi. Mengenai infrastrukturnya, ia lebih baik daripada rejim cukai terdahulu tetapi masalah GST dulu adalah kadar 6 persen yang dianggap tinggi. Sewaktu saya menteri besar dulu pun saya bangkitkan dalam sidang Dewan Negeri Kedah supaya diturunkan kepada 3 persen," ujar Mukhriz.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pejabat Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) di Menara Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Alor Setar, pada Khamis.
Turut hadir, Pengerusi AmanahRaya, Datuk Nasir Ali dan Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Adenan Md Yusof.
Mukhriz mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan akan mengkaji semula GST sekiranya itu kehendak rakyat.
Mengulas lanjut, Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, kerajaan juga sedia mendengar pandangan daripada pakar-pakar mengenai perkara tersebut.
Sementara itu, ujar beliau, bantahan terhadap GST dahulu adalah kerana kadarnya yang dianggap tinggi dan tidak bersesuaian iaitu sehingga enam peratus.
Topic Berkaitan
#GST
#Mukhriz Mahathir
#rakyat Malaysia
#sistempercukaian
#SST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan