Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara sinis mengkritik pendekatan diambil menteri pendidikan Maszlee Malik susulan cadangannya untuk menukar warna kasut dan stoking sekolah.
Dalam posting terbaharunya di Facebook, Najib yang menyifatkan Maszlee sebagai seorang yang 'berpandangan jauh' meminta beliau agar 'mengkaji' juga warna uniform dan bangunan sekolah.
"Warna kasut dan stoking sebenarnya penting dalam perkembangan dan pembentukan pelajar yang sempurna. Sayang sekali Menteri-menteri BN dulu tidak buat kajian sedemikian.
"Seterusnya, diharapkan Menteri akan kaji warna baju, warna bangunan sekolah juga. Insya-Allah anak-anak kita akan mendapat manfaat sepenuhnya dan berjaya di masa depan," tulis beliau.
Portal Utusan Online melaporkan Dr Maszlee sebagai berkata isu mengenai warna stoking akan diputuskan Kementerian Pendidikan selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan selesai.
Maszlee berkata perbincangan itu bagi memastikan penyelesaian terbaik untuk murid dan pelajar terlibat dapat dicapai.
Sabtu lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi murid sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.
Penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan terdiri daripada persatuan ibu bapa dan guru, pentadbir sekolah, badan masyarakat dan pembekal kasut.
Astro Awani
Mon Oct 15 2018
Najib secara sinis mengkritik pendekatan diambil Maszlee berhubung cadangannya menukar warna kasut dan stokin sekolah. -Gambar hiasan
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kreativiti pelajar istimewa semarakkan bulan kebangsaan
Program berkenaan bertujuan mengembangkan kemahiran murid istimewa serta menyemai semangat patriotik.
Tokyo 2020: Teknologi pantau tahap tekanan pemanah wanita no.1 dunia
Baju itu direka untuk menyalurkan maklumat tekanan darah termasuk denyutan nadinya sepanjang pertandingan kepada penonton di televisyen.
Anda mampu bezakan TOP yang tulen atau tiruan!
Bahagian atas bungkusan TOP yang tulen dipotong dengan menggunakan mesin, justeru ia kelihatan kemas dan tidak mempunyai bentuk potongan yang tajam.
ATM nafi keluar produk guna nama 'Operasi Penawar', logo ATM-PDRM
Pihaknya mengesan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menjual produk berkenaan di dalam talian.
Mariah Carey, pakai baju pemberian peminat
Kehadiran penyanyi antarabangsa itu benar-benar membuatkan peminatnya teruja apatah kali terakhir pelantun My All ini ke Malaysia sekitar tahun 2014.
'Kaji juga warna baju dan bangunan sekolah' - Najib perli Maszlee isu kasut, stoking
Najib berkata beliau tidak faham mengapa ada yang mengkritik Maszlee.
'Baju bodo' Saloma diberi nafas baru
Anak saudara kepada biduanita negara Allahyarham Puan Sri Saloma berhasrat untuk mempopularkan kembali busana bercirikan baju bodo yang sering digayakan biduanita negara itu suatu ketika dahulu.
Tuah pakai baju Amirul Hamizan
Dua atlet muda negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad dan Muhamad Aznil Bidin, bergilir-gilir memakai baju berwarna biru dan hitam milik Amirul Hamizan, yang juga pengurus pasukan.
Atlet luncur ais Korea cemas, baju hampir terlucut
Yura pada mulanya berasa takut sebaik menyedari cangkuk belakang bajunya itu tercabut ketika sedang memulakan aksi.
UNDIAN #TheDress: Apakah warna baju ini?
Laman media sosial hari ini kecoh kerana sehelai baju kerana warna baju itu menjadi medan perbalahan orang ramai termasuk selebriti.