awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaji klausa dalam enakmen yang tidak relevan, kurang sesuai - Sultan Nazrin

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
29/07/2024
11:26 MYT
Kaji klausa dalam enakmen yang tidak relevan, kurang sesuai - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah (tiga, kanan) dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (empat, kanan) berkenan melawat galeri kompleks mahkamah pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Taiping hari ini. - Gambar/ Bernama
TAIPING: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan serta berupaya memenuhi keperluan, situasi, cabaran, kemajuan dan teknologi semasa.
Oleh itu, titah baginda, amatlah penting kajian dilakukan untuk mengenal pasti klausa-klausa di dalam enakmen yang tidak lagi relevan atau didapati kurang sesuai dengan perkembangan semasa, sekali gus meningkatkan kualiti sistem perundangan dan kehakiman syariah di negeri Perak.
Baginda bertitah, klausa dan peraturan yang dilihat boleh menghalang, melewatkan, dan menggelincirkan proses keadilan, termasuk kaedah penguatkuasaan dan hukuman, perlu dibincangkan untuk dilakukan penambahbaikan.
“Undang-undang merujuk kepada peraturan atau ketetapan untuk mengawal selia tatakelakuan masyarakat, berperanan penting dalam kehidupan masyarakat demi menjamin terlaksananya keadilan.
“Prinsip kedaulatan undang-undang yang diterapkan sebagai Rukun Negara keempat, meletakkan undang-undang berada di kedudukan yang tinggi; dan tiada kerajaan, tiada organisasi, tiada institusi atau orang perseorangan yang kebal, boleh melakukan sekehendak hati, mengatasi undang-undang yang telah ditetapkan dan memiliki keabsahan dan legitimasi,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Bangunan Mahkamah Syariah Taiping, di sini, hari ini.
Titah baginda, mahkamah berperanan sebagai dewan atau majlis pengadilan di mana hakim mentafsir undang-undang, mendengar hujah mengenai perkara yang dipertikaikan, meneliti bahan bukti dan membuat pengadilan berlandaskan undang-undang yang telah dikanunkan.
Menurut Sultan Nazrin, hakim diamanahkan untuk mentafsir undang-undang dan kebebasan mentafsir itu turut dimiliki oleh Mahkamah Syariah.
“Para hakim Mahkamah Syariah hendaklah memiliki iltizam, keberanian, ketegasan mengadili kes-kes dengan penuh berintegriti, tanpa kelengahan, tanpa gentar dan tanpa pilih kasih supaya tidak mencalarkan kepercayaan masyarakat terhadap mahkamah,” tambah baginda.
Dalam pada itu, titah Sultan Nazrin, selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, kualiti penyampaian perkhidmatan mahkamah syariah juga perlu dipertingkatkan.
Menurut baginda, kemudahan sistem teknologi perbicaraan seperti sistem kemudahan rakaman audio perbicaraan dan sistem transkrip rakaman perbicaraan yang sudah diguna pakai di mahkamah sivil hendaklah turut diguna pakai di mahkamah syariah.
Untuk itu, baginda menyeru agar Kerajaan Perak mempertimbangkan peruntukan dalam belanjawan negeri pada tahun 2025, bagi membolehkan mahkamah syariah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan tersebut agar dilihat tidak tertinggal jauh ke belakang berbanding di mahkamah sivil.
Topic Berkaitan
#Sultan Nazrin Shah
#Sultan Perak
#undang-undang
#mahkamah syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan