awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kaji semula cadangan bina insinerator di Batu Arang' - William

Fareez Azman
Fareez Azman
29/10/2023
21:45 MYT
'Kaji semula cadangan bina insinerator di Batu Arang' - William
Ujar William, penggunaan insinerator sisa kepada tenaga dengan kaedah membakar sisa buangan hanya akan memberi kesan kepada penduduk dan alam sekitar. - Foto media sosial
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan digesa kaji semula cadangan pembinaan sebuah loji pembakaran sampah (insinerator) di Batu Arang berhampiran dengan kawasan penduduk.
Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Selayang, William Leong dalam hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya, turut membantah cadangan itu.
Ujarnya, penggunaan insinerator sisa kepada tenaga dengan kaedah membakar sisa buangan hanya akan memberi kesan kepada penduduk dan alam sekitar.
"Saya meminta kerajaan mengkaji semula penggunaan insinerator sisa kepada tenaga kerana ia bukan teknologi sisa buangan kepada tenaga boleh diperbaharui.
"Apabila kita bakar sesuatu, ia tidak akan terhapus, ia bertukar kepada gas, menjadi bahan kimia dipanggil dioxin furans, merkuri logam berat dan sebagainya," jelasnya.
Tambah William lagi, kaedah penggunaan insinerator tidak lagi digunakan oleh negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat.
Malah bahan kimia dan karbon dioksida yang akan terhasil dikhuatiri menjejaskan sasaran Malaysia menjadi negara neutral karbon menjelang 2050.
"Bila kita bakar sisa, memang ada karbon dioksida dan jumlah gas ini adalah dua kali ganda berbanding dengan fosil api dan boleh menjejaskan program neutral karbon neutral negara.
"Bahan-bahan bahaya ini membawa penyakit mandul, ketidaksuburan, kanser, bermacam penyakit yang sudah dilaporkan walaupun insinerator dengan teknologi lama," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Fun Run Bantah Insinerator Batu Arang di Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri di Rawang pada Ahad.
Topic Berkaitan
#insinerator
#Batu Arang
#William Leong
#bantah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan