SAYA merujuk kepada artikel ‘Kenapa riuh rendah syarat MUET lulus universiti dinaikkan?’ seperti yang diterbitkan oleh Astro Awani di lamannya pada 12 Oktober 2014.
Akar kepada permasalahan ini sebenarnya terletak kepada sistem pendidikan rendah dan menengah. Pertama, kita harus akui sistem pendidikan rendah dan menengah kita tidak berjaya menghasilkan pelajar yang mahir berbahasa Inggeris. Dalam konteks bahasa, produk sistem pendidikan ini tidak mampu berdepan suasana yang lebih mencabar di luar sekolah.
Jadi satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini agar kita tidak berulang-ulang menyebutnya pada masa hadapan ialah – menghasilkan guru yang kompeten untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris di peringkat rendah dan menengah. Guru-guru ini perlu dilatih di luar negara dalam satu tempoh yang munasabah agar mereka dapat menyerap bukan sahaja kemahiran berbahasa, tetapi juga elemen budaya. Ini menjadikan calon guru ini bukan sahaja kompeten dalam kemahiran bahasa Inggeris, tetapi juga personaliti mereka yang kaya dengan citra budaya bahasa Inggeris.
Pihak kementerian perlu mengkaji semula dasar-dasar yang melibatkan subjek bahasa Inggeris. Kalau kementerian boleh membayar guru dari Amerika dengan gaji ekspatriat untuk melatih guru dalam negara, apakah yang menghalang kementerian untuk menghantar calon guru muda ke luar negara untuk mendalami bahasa Inggeris? Selain itu, inisiatif meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris ini juga perlu dilihat secara bersama dengan banyak pembolehubah yang lain seperti faktor budaya, adat resam, agama serta kawasan.
Anak-anak yang berasal dari pedalaman misalnya sudah pasti tidak dapat bersaing secara sama rata dengan anak-anak yang berasal dari kota dan sudah menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Adalah mustahil untuk memaksa anak-anak ini bersaing di atas padang yang tidak rata. Untuk itu, kerajaan perlu serius dan tegas untuk menyediakan sistem sokongan kepada bahasa Melayu untuk menjadi bahasa ilmu.
Kita perlu jelas, adakah kita mahukan graduan berkualiti dan memiliki kemahiran setara dengan graduan di negara maju atau sebenarnya kita mahukan graduan yang fasih berbahasa Inggeris? Ini jelas adalah dua perkara yang berbeza.
Saya skeptik dengan ayat kononnya sehingga 53,000 graduan kita masih belum dapat kerja kerana tidak fasih berbahasa Inggeris. Janganlah kita menipu sehingga begini sekali. Mustahil mereka ini tidak diterima kerja hanya kerana tidak fasih berbahasa Inggeris. Kuala Lumpur ini bukanlah London ataupun Los Angeles.
Sudah pasti mereka ini tidak diterima kerja kerana mereka tidak cekap atau tidak memiliki kemahiran minimum yang diperlukan pasaran. Jadi masalah kita bertambah, dari isu bahasa kepada isu yang lebih kritikal dan realistik iaitu isu kemahiran.
Jika graduan kita berkualiti dan berkemahiran tinggi di dalam bidangnya, isu bahasa sama sekali tidak akan timbul. Kursus-kursus di British Council atau Linguaphone menetapkan pesertanya untuk fasih berbahasa Inggeris hanya dalam masa 2 bulan.
Anak-anak kita belajar bahasa Inggeris selama 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah, tetapi masih tidak mampu mencapai tahap minimum yang diperlukan untuk bersaing di luar. Apa masalah anak-anak kita sebenarnya?
Kalau PERMATA boleh menerima peruntukan sehingga 700 juta, kenapa graduan kita tak boleh dapat peruntukan untuk kursus 2 bulan dengan British Council atau Linguaphone untuk naik taraf penguasaan bahasa Inggeris mereka?
-------------------------------------------------------------------------------------------
*Zul Fikri Zamir ialah Pengerusi Teach For The Needs (TFTN), sebuah NGO pro-pendidikan.
* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Astro Awani
Mon Oct 13 2014
Syarat MUET lulus ke universiti dinaikkan; apa isu sebenarnya?
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
PM Anwar mahu KPM beri penekanan penguasaan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
Perdana Menteri mahu KPM memberikan penekanan terhadap penguasaan tiga subjek utama pendidikan iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Ramai warga Malaysia lupa bahasa ibunda, cenderung berbahasa Inggeris - Warga Jerman
Michael Luebke gusar dengan segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat kurang menjunjung budaya dan identiti mereka.
Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.
Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli
Sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan bermula esok.
Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.
Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.
Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato
Pegawai di Jabatan Operasi Kredit Bank Muamalat Malaysia Bhd itu mengakui musuh utamanya sepanjang penyertaan dalam pidato adalah gugup pentas.
NUTP tidak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET
Sehubungan itu pihaknya merayu campur tangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan memperbetulkan keadaan yang disifatkan semakin menekan dan membebankan guru-guru Bahasa Inggeris dalam negara.
Pelaksanaan 'PPSMI baharu' dikhuatiri wujudkan dualisme pemikiran
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Ali Hassan khuatir akan wujud dua kelompok yang berbeza daya fikir mengikut bahasa.