PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengkaji semula had minimum dalam dasar pertukaran asing bagi pengeksport yang mampu menjadi antara langkah pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ketika berkongsi saranan itu, Felo Kanan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Azlan Awang berkata ini memandangkan nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Malah, jelas beliau, eksport tahunan negara berjumlah melebihi RM1.5 trilion juga menunjukkan pulangan atau resit daripada eksport termasuk perkhidmatan yang jika dimanfaatkan boleh mempengaruhi nilai ringgit serta ekonomi negara.
"Kalau keadaan ini berterusan, lama-kelamaan orang (peniaga) tak perlukan ringgit. Mereka sebaliknya hanya perlu simpan dalam jumlah tertentu untuk membayar gaji pekerja...vendor dalam kitaran (rantaian bekalan) eksport juga mempunyai akaun tukaran asing.
"Keadaan sedemikian akan hanya mengurangkan lagi permintaan terhadap ringgit," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel dalam Forum Ekonomi Kebangsaan (NEF) 2024 di sini, hari ini.
Pada 2016, pengeksport perlu bertindak menukar 75 peratus daripada hasil yang dijana kepada mata wang ringgit.
Bagaimanapun, Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak mengumumkan liberalisasi Dasar Pertukaran Asing pada 2021 yang memberi lebih fleksibiliti kepada kalangan perniagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Memandangkan nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit. - Gambar hiasan
Pelatih KAPGA meninggal dunia dipercayai akibat strok haba
Seorang peserta Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (KAPGA) di Ulu Kinta meninggal dunia semalam dipercayai akibat strok haba.
Penyokong Persija Jakarta merusuh selepas tewas kepada Selangor FC
Sebahagian penyokong Persija Jakarta merusuh selepas pasukan mereka tewas 0-1 kepada Selangor FC dalam aksi Kejuaraan RCTI Sports Premium 2024.
Pantau Agenda Reformasi: Pesta buku | Terjemah budaya membaca Malaysia?
Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
Pengusaha bimbang kenaikan caj masuk pelancong asing ke Pulau Perhentian
Caj di bawah seliaan Majlis Daerah Besut itu dijangka meningkat daripada RM5 kepada RM20 bagi setiap seorang pelancong.
Festival Sukan Tarian: Wakil Malaysia bawa pulang dua emas, satu gangsa
Pasukan sukan tarian negara merangkul dua emas dan satu gangsa dalam Festival Sukan Tarian 2024 di Bremen, Jerman.
Mustahil PM dapat atasi miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai - Shafie Apdal
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai ini tidak dapat dilaksanakan.
Kereta langgar pagar Istana Besar
Sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun terbabas lalu melanggar pagar Istana Besar di Johor Bahru, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian berlaku kira-kira 3 petang dipercayai akibat permukaan jalan raya yang licin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian berlaku kira-kira 3 petang dipercayai akibat permukaan jalan raya yang licin.
Penduduk, peniaga di Lembah Klang mula simpan air
Peniaga di Pasar Moden Seksyen 16 Shah Alam mula menyimpan air bagi memastikan mempunyai bekalan mencukupi sepanjang tempoh gangguan air berlaku.
Gempa bumi dengan 6 magnitud landa Jepun
Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda Wilayah Ishikawa, Jepun awal pagi Isnin.
Tuah ganti rakan sepasukan tunai haji - Hasmunirah
Atlet boling padang para wanita negara, Hasmunirah Maliki menyifatkan kejayaan muncul juara pada penampilan sulung dalam Kejohanan Dunia 2024 di Ekurhuleni, Afrika Selatan, baru-baru ini sebagai tuah.
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.