awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong Persija Jakarta merusuh selepas tewas kepada Selangor FC

Sinar Harian
Sinar Harian
03/06/2024
10:15 MYT
Penyokong Persija Jakarta merusuh selepas tewas kepada Selangor FC
Keadaan di Stadium Antarabangsa Jakarta yang dipenuhi asap menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan. - Foto Sinar Harian
SEGELINTIR penyokong Persija Jakarta merusuh selepas pasukan mereka tewas 0-1 kepada Selangor FC dalam aksi Kejuaraan RCTI Sports Premium 2024 pada Ahad.
Dalam perlawanan itu, gol tunggal daripada penyerang The Red Giants, Alvin Fortes pada minit ketiga sudah cukup untuk menobatkan skuad kendalian Mohd Nidzam Jamil sebagai juara.
Namun, berlaku insiden tidak diingini apabila segelintir penyokong Persija Jakarta menyalakan suar dan membakar mercun sehingga asap memenuhi Stadium Antarabangsa Jakarta.
Terdapat juga beberapa penyokong Persija bergelut dengan pihak polis dalam rakaman yang tular di media sosial.
Atas faktor keselamatan, perlawanan tersebut terpaksa dihentikan pada minit ke-87 sekali gus Selangor dinobatkan sebagai pemenang.
Dalam pada itu, kemenangan tersebut merupakan trofi kedua kejuaraan empat penjuru dimenangi anak buah Nidzam Jamil selepas muncul juara Selangor Kusel Asia Challenge (SAC) 2024 pada April lalu.
Selain Selangor dan Persija Jakarta, kejohanan itu turut disertai Sabah serta PSIS Semarang yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$30,000 (RM140,000).
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Persija Jakarta
#peminat merusuh
#kalah kepada Selangor FC
#Kejuaraan RCTI Sports Premium 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan