Umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak 'melatah' dengan keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengarah Institut Pemikiran Dr Mahathir (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri yang memberikan ingatan itu berkata, Perdana Menteri tidak mengatakan untuk menutup Jakim sebaliknya untuk mengkaji peranan dan fungsinya agar beroperasi seperti asal penubuhannya.
"Apabila mengkaji semula perkara itu bemaksud kita akan nampak lompong-lompong yang perlu diperbaiki supaya perjalanan agama Islam di negara kita ini lancar dan menyatukan umat Islam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Bakul Ramadan 2018 bertemakan "Semarak Sedekah Mengimpi Barakah" membabitkan 40 penerima terdiri warga emas, fakir miskin dan ibu tunggal anjuran IPDM di sini pada Khamis, ketika diminta mengulas kritikan orang ramai terhadap cadangan itu di media sosial.
Dr Ahmad Zaharuddin Sani berkata, rakyat sepatutnya membantu kerajaan dengan membina Malaysia baharu dan tidak sentiasa mengkritik kerana ia tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada yang lebih baik.
Pada Rabu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan melihat semula peranan Jakim dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam untuk membincangkan masa depan jabatan itu.
BACA: Fungsi JAKIM disemak semula - PM
Katanya, langkah itu dibuat bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan atau dikembalikan kepada tujuan asal ditubuhkan.
Sementara itu, ketika mengulas tuntutan kontroversi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) yang mahu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada semua kaum, Dr Ahmad Zaharuddin Sani berkata mereka boleh menyuarakan tuntutan itu tetapi ia bersandarkan kepada perlembagaan negara dan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, terdapat empat perkara yang tidak boleh dituntut iaitu Agama Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak keisimewaan orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan hak kewarganegaraan.
"Kita sebuah negara yang terbuka maksudnya mereka boleh bercakap apa yang nak dan menuntut apa yang dikehendaki tapi di negara kita ini ada perlembagaan. Saya bagi contoh kita dah bina sebuah rumah dan rumah itu sudah ada bilik tertentu dan bilik ini dah termaktub siapa punya dan jangan sekai kali kita cuba menceroboh bilik orang lain, kita jaga sendiri bilik kita," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu May 31 2018
Rakyat, terutamanya umat Islam, sepatutnya membantu kerajaan dengan membina Malaysia baharu dan tidak sentiasa mengkritik. - BERNAMA/Fail
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
Anwar perlu adil kepada semua parti untuk kekal jadi PM - Penganalisis politik
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tidak boleh mengambil sikap memberi keutamaan kepada UMNO biarpun parti itu dilihat lebih dominan berbanding parti lain.
Kabinet bayangan tak perlu gaji khas, cukup dengan elaun jadi wakil rakyat - Penganalisis politik
Dibayar atau tidak, pembangkang tetap berperanan jadi penyemak imbang kerajaan.
Lepas pilihan raya, wakil rakyat bukan lagi wakil parti - Penganalisis politik
Wakil rakyat tak boleh meletakkan dirinya sebagai partisan lagi dan harus bekerja semata-mata untuk rakyat.
PRU15: Pertembungan 'gergasi' tak wajar hasilkan tawaran biasa-biasa - Penganalisis
Beliau harap idea-idea besar akan menjadi taruhan dan disuntik ke dalam isu-isu tempatan yang mahu dijuarai calon bertanding.
Siapa kata kajian semula Jakim untuk mansuhkannya? - Pengarah IPDM
Apabila kita kaji semula sesuatu perkara itu menunjukan kita mungkin nampak lompong yang perlu diperbaik, kata Ahmad Zaharuddin Sani.
Kaji semula Jakim, umat Islam jangan melatah - Pengarah IPDM
Rakyat sepatutnya membantu kerajaan dengan membina Malaysia baharu dan tidak sentiasa mengkritik.