awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaji semula lorong biru, laluan berbasikal perlu lebih strategik - Annuar Musa

Hilmi Malik
Hilmi Malik
02/10/2020
06:38 MYT
Kaji semula lorong biru, laluan berbasikal perlu lebih strategik - Annuar Musa
Perkara itu memerlukan perbincangan bersama pihak komuniti berbasikal berhubung keperluan untuk mewujudkan laluan itu. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA:Penggunaan lorong biru bagi aktiviti berbasikal di Kuala Lumpur perlu dikaji semula menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Jelas Annuar Musa, pihaknya turut mencadangkan agar laluan baru yang lebih strategik di Kuala Lumpur perlu diadakan menghubungkan laluan yang lebih selamat.
“Saya telah arahkan kepada perancang bandar agar melihat kepada laluan yang lebih praktikal dan dibuat bagi jangka panjang supaya Kuala Lumpur mempunyai laluan yang tidak ganggu lalulintas dan menghubungkan kawasan rekreasi,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Bagaimanapun katanya, perkara itu memerlukan perbincangan bersama pihak komuniti berbasikal berhubung keperluan untuk mewujudkan laluan itu.
Beliau dalam masa sama turut mengulas mengenai budaya berbasikal di Malaysia yang dilihat tidak sama jika dibandingkan dengan negara luar.
“Kita bimbang kalau buat laluan baru nanti ia tidak diguna seperti lorong sedia ada (lorong biru), apa yang terjadi pada lorong biru, bila tidak dipakai orang lain yang pakai letak kenderaan dan sebagainya.
“Seperti di Kuala Lumpur, berbasikal itu bukan sebahagian daripada pilihan pengangkutan namun lebih kepada aktiviti sukan dan cuaca kita tidak sama dengan negara luar,” katanya lagi.
Astro AWANI baru-baru ini telah menyiarkan laporan berita berhubung isu lorong biru yang kini seolah-olah tidak dimanfaatkan susulan aspek keselamatan termasuk menjadi kawasan orang ramai meletakkan kenderaan.
Topic Berkaitan
#Tan Sri Annuar Musa
#Kuala Lumpur
#sukan
#aktiviti berbasikal
#Lorong Biru
#DBKL
#basikal
#Menteri Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan