KUALA LUMPUR: Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) perlu dikaji semula bagi memastikan sebarang pelanggaran keselamatan siber seperti kebocoran data peribadi dapat ditangani secara serius melalui penguatlkuasaan undang-undang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Annuar, dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengkaji semula Akta MCMC 1998, dan berharap agar siasatan menyeluruh akan dilakukan atas dakwaan mengenai kebocoran data oleh sesebuah agensi kerajaan.
"Amat penting bagi KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) dan MCMC untuk mengkaji dakwaan kebocoran data oleh sesebuah badan kerajaan tersebut.
"Untuk kes tersebut, tidak akan ada yang terlepas semasa siasatan dijalankan, termasuk kajian forensik siber untuk mengetahui bagaimana kebocoran itu berlaku," katanya.
Beliau berkata bahawa sebarang dakwaan kejadian kebocoran data peribadi di sesuatu agensi kerajaan akan semestinya akan membuka mata.
"Peranan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi pakar dan teknikal di bawah bidang kuasa KKMM adalah untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan, program dan inisiatif melalui inovasi keselamatan siber untuk mengurangkan kerentanan sistem digital, dan pada masa yang sama memperkukuhkan kemandirian Malaysia di ruang siber.
"Tambahan pula, sebagai pakar teknikal, CyberSecurity Malaysia memerlukan kerangka undang-undang yang kukuh seperti undang-undang keselamatan siber untuk menangani cabaran keselamatan siber dalam perkembangan teknologi digital masa kini," katanya.
Selain itu, beliau juga berkata perlindungan data peribadi perlu diberikan lebih fokus jika Malaysia berhasrat untuk menjadi salah daripada pusat digital utama dalam kalangan negara-negara ASEAN.
"Ini diperlukan untuk membina keyakinan bukan sahaja dalam kalangan pengguna tetapi juga para pelabur", katanya.
"Salah satu aspek terpenting dalam membina keyakinan seperti itu adalah menangani masalah keselamatan siber dengan serius.
"Ketika dunia sedang mengalami era digitalisasi, terdapat keperluan mendesak untuk kita mewujudkan ekosistem dengan isu keselamatan siber menjadi perkara terpenting," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021
Ketika dunia sedang mengalami era digitalisasi, terdapat keperluan mendesak untuk kita mewujudkan ekosistem dengan isu keselamatan siber menjadi perkara terpenting. - Gambar fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.