awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi

Sinar Harian
Sinar Harian
24/02/2024
10:30 MYT
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
SHAH ALAM: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli membidas kenyataan bekas Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa kerajaan gagal mengawal keadaan ekonomi negara sehingga menyusahkan rakyat.
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
“Kami tak adalah umum sampai jihad lawan inflasi, tapi inflasi turun kepada kadar yang terendah.
“Kerajaan tumpu kepada perkara yang menjadi punca kenaikan kos sara hidup seperti gaji naik perlahan, maka (dilakukan) pelarasan gaji kakitangan awam dan dasar gaji progresif.
“Tambah kapasiti pengeluaran makanan dengan peruntukan besar untuk memodenkan pertanian selain baiki rantaian bekalan, maka kita secara berterusan lihat rantaian bekalan padi, telur dan makanan asas, menggalakkan penjualan berpatutan melalui Jualan Rahmah,” katanya menerusi hantaran di X pada Sabtu.
Beliau mengulas kenyataan Annuar pada Khamis yang mengatakan harga barang, tarif elektrik dan cukai sekarang semakin mahal ketika menyampaikan ucapan sempena Ceramah Isu Umat dan Politik Semasa di Dewan Besar Markas Pas Kawasan Bagan Datuk, Perak.
Sementara itu, Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan memaklumkan, pihaknya turut menitikberatkan penyasaran subsidi kepada keluarga memerlukan bagi mengurangkan bebanan tanggungan dengan pemberian sumbangan tunai.
“Sementara harga barang adalah fungsi penawaran dan permintaan, fokus kerajaan tingkat pendapatan rakyat, bukan semata-mata melihat kepada kos barang.
“Insya-Allah akan lebih membuahkan hasil daripada Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi,” ujar beliau lagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#jihad ekonomi
#Annuar Musa
#harga barang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan