awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian garis panduan hukuman pelajar ambil kira perbuatan buli siber

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2018
09:16 MYT
Kajian garis panduan hukuman pelajar ambil kira perbuatan buli siber
Kementerian juga terbuka menerima sebarang cadangan untuk penambahbaikan itu demi kebaikan guru dan pelajar. - Gambar fail Bernama
Kajian mengenai garis panduan baharu hukuman yang dibenarkan terhadap pelajar akan memberi penekanan kepada perbuatan buli siber.
Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan menjelaskan, perbuatan buli siber bukan satu perkara remeh sebaliknya perlu ditangani.
"Sehubungan itu, hukuman terhadap perbuatan buli siber juga termasuk dalam kajian garis panduan hukuman dibenarkan terhadap pelajar.
"Kajian itu kini di peringkat akhir dan akan diumumkan dalam waktu terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKC) Gelang Patah.
Menurutnya, kementerian juga terbuka menerima sebarang cadangan untuk penambahbaikan itu demi kebaikan guru dan pelajar.
“Kita mahu kedua-dua pihak dilindungi. Kita kini memiliki 430,000 guru di negara ini.
“Semua guru di Malaysia mempunyai harapan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anak murid. Sehubungan itu, kita nak membantu cikgu dan pada sama kita hendak membantu anak murid mendapat pendidikan yang terbaik,” katanya.
Topic Berkaitan
#buli siber
#Hukuman
#hukuman pelajar
#p kamalanathan
#pelajar
#Timbalan Menteri Pendidikan 1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan