Hasil kajian Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada suku pertama 2020, demikian menurut jawatankuasa itu.
Jawatankuasa khas itu dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan ia komited untuk memastikan hasil kajian dibuat berdasarkan sesi libat urus yang holistik dan efektif.
"Pandangan daripada semua pihak diambil kira oleh jawatankuasa khas ini termasuk kumpulan kementerian/jabatan/agensi/ badan bukan kerajaan, agamawan Islam dan bukan Islam, keluarga banduan akhir, banduan akhir, keluarga mangsa dan masyarakat umum," jelasnya.
Menurut kenyataan itu, sesi libat urus jawatankuasa khas bersama keluarga mangsa telah diadakan semalam di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri di sini yang bertujuan memberi peluang kepada keluarga mangsa menyatakan pandangan mereka terhadap cadangan kerajaan.
"Dalam hal ini jawatankuasa khas bukan mengadakan sesi libat urus semata-mata untuk memenuhi keperluan pihak-pihak tertentu.
"Jawatankuasa khas komited serta memberi fokus terhadap setiap pandangan dan input yang diterima sepanjang sesi libat urus agar isu sebenar dapat dianalisis untuk diambil tindakan oleh kerajaan," katanya.
Jawatankuasa itu menegaskan bahawa setiap pandangan dan input daripada semua pihak adalah penting untuk memastikan cadangan yang akan dibentangkan kepada kerajaan adalah komprehensif dan demi memantapkan polisi penghukuman di Malaysia.
Jawatankuasa itu juga menjelaskan bahawa pemansuhan hukuman mati tidak bermaksud hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya di Malaysia.
"Sebaliknya hukuman mati masih wujud dan boleh dijatuhkan sekiranya mahkamah berpandangan bahawa hukuman tersebut wajar berdasarkan fakta dalam sesebuah kes," jelasnya.
Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori ditubuhkan kerajaan pada 29 Ogos 2019 bertujuan melaksanakan semakan dan kajian secara menyeluruh berkaitan polisi penghukuman untuk menggantikan hukuman mati mandatori dengan hukuman yang lebih wajar, tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 16 2020
Jawatankuasa itu juga menjelaskan bahawa pemansuhan hukuman mati tidak bermaksud hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya di Malaysia.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.
Miliki dadah, buruh terlepas hukuman gantung, diganti penjara 10 tahun
Seorang buruh terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan dan hukuman mati atas kesalahannya mengedar dadah.
'Pengantin kanak-kanak' bunuh suami dihukum gantung sampai mati
Samira dipenjarakan sejak sedekad lalu dan dihukum bunuh ketika waktu subuh pada Rabu di penjara Ghezel Hesar.
Suami isteri warga Indonesia mengaku salah bunuh majikan
Sepasang suami isteri warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh majikan mereka di Kulai, tiga tahun lepas.
Jurukimpal bunuh suri rumah terlepas hukuman gantung, diganti penjara 35 tahun
Jurukimpal terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meringankan hukuman mati terhadapnya kepada penjara 35 tahun kerana membunuh seorang suri rumah.
Tiga lelaki terlepas tali gantung, dipenjara 15 tahun miliki dadah
K. Dinakaran, 43, bersama warga Bangladesh, Asraful Alam, 28, dan rakyat India, Arivazhagan Murugesan, 50, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan rotan.
Kes edar ganja: Kontraktor terlepas hukuman gantung
Seorang kontraktor terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadapnya bagi kesalahan mengedar dadah.
Remaja 17 tahun didakwa bunuh rakan
Remaja itu didakwa membunuh P. Hariaran, 21, di tepi jalan pasir Kampung Sungai Payung Baroh, 20 Ogos lalu.
3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa
Perdana Menteri Iraq Mohammed al-Soudani menyifatkan hukuman itu "adil" semasa pertemuan dengan keluarga mangsa.
Bunuh: Terlepas hukuman gantung, 2 rakan dipenjara 5 tahun
Dua rakan terlepas hukuman gantung di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan membunuh seorang lelaki tanpa niat.