Kajian Pembangunan Piawaian Kompetensi Kerja Sosial Malaysia siap 2027 - Nancy Shukri

Nancy melawat ke reruai pameran selepad Majlis Perasmian Penutup Program ISM Inspire 2025: Ilmu, Inspirasi, Sosial Anjuran ISM hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Institut Sosial Malaysia (ISM), sedang menyiapkan Kajian Pembangunan Piawaian Kompetensi Praktis Kerja Sosial Malaysia.
Ringkasan AI
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Institut Sosial Malaysia (ISM) sedang menyiapkan Kajian Pembangunan Piawaian Kompetensi Praktis Kerja Sosial Malaysia menjelang tahun 2027.
- Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan pentingnya memartabatkan profesion kerja sosial dengan pekerja sosial yang dilengkapi kompetensi kukuh, beretika tinggi, dan berkesan dalam membantu masyarakat yang memerlukan.
- Program ISM Inspire 2025 bertemakan "Ilmu, Inspirasi, Sosial" dianjurkan untuk membincangkan isu-isu sosial semasa di Malaysia sejajar dengan fokus kesejahteraan sosial inklusif RMK13 dan DSN 2030, yang merangkumi 44 dasar sosial utama negara.
"Kita mahu bidang kerja sosial di Malaysia diiktiraf sebagai profesion yang berasaskan ilmu, data dan bukti, tanpa menghilangkan nilai empati dan kemanusiaan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program ISM Inspire 2025 di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah ISM Norhaslinda Mohd Sibi.
Program tersebut yang bertemakan "Ilmu, Inspirasi, Sosial" dianjurkan oleh ISM bagi membincangkan isu-isu sosial semasa di Malaysia.
Nancy berkata penganjuran program itu bertepatan dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan sosial inklusif serta Dasar Sosial Negara (DSN) 2030, yang menjajarkan 44 dasar sosial utama negara.
"Dasar-dasar berkenaan perlu diterjemahkan kepada tindakan nyata. Ia komitmen kerajaan yang mesti sampai kepada rakyat. Anda semua belia, pekerja sosial, NGO dan akademia adalah rakan kongsi kerajaan dalam merealisasikannya agar benar-benar menyentuh kehidupan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

