NATIONAL
Kajian pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya: Azalina harap kerajaan buat keputusan sebelum PRU

Azalina bercakap semasa semasa sesi soal jawab pada Sesi Town Hall dan Majlis Peluncuran AI Legal Justice Roadmap 2025-2026 dan Peta Reformasi Institusi (PetaRI) di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kajian pengasingan kuasa Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya masih perlu melalui beberapa peringkat sebelum dapat dimuktamadkan.
Ringkasan AI
- Kajian pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya masih dalam proses dan perlu melalui beberapa peringkat sebelum dimuktamadkan, termasuk kajian empirikal serta perbincangan di peringkat Mesyuarat Kabinet.
- Perincian kajian melibatkan kuasa pendakwaan di Sabah dan Sarawak, serta elemen daripada pejabat Peguam Negara (AGC) yang berkaitan dengan peranan menasihati kerajaan.
- Kerajaan berharap kajian ini dapat diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16, bagi memastikan pemisahan peranan Peguam Negara sebagai pendakwa dan penasihat kepada kerajaan.
Tambah beliau, antara perkara yang harus diperincikan melibatkan kuasa pendakwaan di Sabah dan Sarawak dan elemen daripada pejabat Peguam Negara (AGC).
“Seperti yang saya pernah terangkan di Parlimen.. ada juga kuasa pendakwaan sesetengah aspek untuk Sabah dan Sarawak..saya tengok masalah sekarang ini ialah elemen AGC dari segi (peranan) menasihat dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu semasa Sesi Town Hall bersama pelajar fakulti undang-undang di Auditorium Tun Mohamed Suffian, UM, Azalina mengakui peranan dan fungsi pendakwa raya adalah tanggungjawab besar malah kerajaan ingin menilai sekiranya mereka berperanan 100 peratus tanpa melakukan perkara lain.
Ahli Parlimen Pengerang itu juga berharap kajian tersebut dapat diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16.
“Saya berharap sebelum PRU kita dapat membuat keputusan, yang mana Kerajaan Madani mahu membuat keputusan mengenai pemisahan peranan Peguam Negara sebagai pendakwa dan penasihat kepada kerajaan,” katanya lagi.
Kajian yang bermula pada 2023 itu bertujuan meneroka pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, bertujuan untuk menambah baik tadbir urus negara dan kedaulatan undang-undang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami