SHAH ALAM: Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang dilaksana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), akan turut menumpukan usaha meningkatkan produktiviti penjawat awam.
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Anesee Ibrahim berkata kajian SSPA itu, tidak hanya memfokuskan berkenaan soal kenaikan gaji dan elaun bagi di sektor awam.
"Mesti kita nak naik gaji, elaun dan nak pendapatan lebih meningkat. Setuju? Tapi tuan puan kalau kita berfikir secara rasional, tidak ada sistem ekonomi pun yang mampu beri peningkatan emolumen sekiranya kita tidak berusaha meningkatkan produktiviti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bersama Penjawat Awam Negeri Selangor, di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.
Anesee berkata secara umumnya, aduan yang sering diterima daripada para pelanggan berkenaan perkhidmatan awam yang disediakan kerajaan ialah proses yang lambat dan tidak efisien.
"Tapi kita bukan sengaja lambat. Dalam kebanyakan kes, lambat kita kerana ada birokrasi, ada prosesnya dan itu antara elemen kita tengok, bagaimana untuk lebih kita tingkatkan keberkesanan cara kita bekerja," katanya.
"Jadi ini merupakan perkara di peringkat JPA, yang nak dapatkan dari tuan puan yang bertugas di barisan hadapan dan yang berada di peringkat operasi, khususnya. Banyak benda yang JPA sendiri tidak tahu, jadi kita nak input ini (untuk kajian SSPA)," katanya.
Dalam pada itu katanya JPA menerima lebih 68,000 cadangan daripada lebih 30,000 penjawat awam di seluruh negara, untuk kajian SSPA setakat 22 Sept lalu dan jumlah cadangan tersebut akan meningkat selepas sesi libat urus yang dilaksanakan di negeri itu, hari ini.
"Libat urus melibatkan kerajaan negeri itu telah dilaksanakan (bermula) 18 Ogos lalu di Pulau Pinang, (seterusnya) di Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, dengan hari ini Selangor manakala esok ke Melaka. Ini akan diteruskan sehingga habis," katanya.
Anesee berkata selain sesi libat urus, JPA turut membangunkan portal untuk kajian tersebut, bagi memudahkan penjawat awam memberikan idea di laman sesawang iaitu https://semakansaraan.jpa.gov.my.
Kajian SSPA yang dijangka mengambil masa hampir dua tahun itu, merupakan inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi Membangun Malaysia MADANI.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Datuk Dr Anesee Ibrahim berkata kajian SSPA itu, tidak hanya memfokuskan berkenaan soal kenaikan gaji dan elaun bagi di sektor awam. - Bernama
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Kajian SSPA turut fokus usaha tingkatkan produktiviti penjawat awam
Kajian SSPA itu, tidak hanya memfokuskan berkenaan soal kenaikan gaji dan elaun bagi di sektor awam.