DEMI negara yang tercinta,
Dicurahkan bakti penuh setia,
Demi raja yang disanjung tinggi,
Kesetiaan tak berbelah bahagi ...
Lirik itu tentunya tidak asing di pendengaran rakyat Malaysia, baik generasi lama mahupun baharu. Magisnya tidak pudar walaupun selepas lebih 20 tahun sejak ia pertama kali diperdengarkan.
Tetapi tahukah anda, siapa yang berada di sebalik penghasilan bait-bait lagu berjudul Setia itu?
Dalam satu pertemuan bersama Astro AWANI baru-baru ini, penulis lirik terkemuka, Habsah Hassan, membuka cerita tentang pembabitannya dalam lagu tersebut yang sehingga kini masih relevan dan dimainkan di televisyen serta radio.
Agak terkejut apabila mengetahui beliau juga terbabit dalam pembikinan lirik lagu berkenaan, memandangkan nama beliau tidak disenaraikan sebagai penulis lirik dalam daftar hak cipta Music Authors' Copyright Protection (MACP).
"Saya dihubungi oleh Menteri Penerangan ketika itu, Tan Sri Mohamed Rahmat, yang meminta saya menghasilkan lirik untuk sebuah lagu patriotik.
"Selepas menyerahkan lagu itu kepadanya, saya langsung tidak dimaklumkan tentang apa-apa perkembangan, sehinggalah saya mendengar dan menontonnya di televisyen beberapa bulan kemudian," kata Habsah.
Kata Habsah, ketika itu beliau langsung tidak mengetahui lirik lagu itu telah diubah, memandangkan pada pendengarannya, tiada perubahan yang ketara.
"Tentang lirik yang dikatakan diubah, saya sendiri pun tak perasan. Kalau pun ia diubah, mungkin hanya satu atau dua perkataan," ujarnya sambil memaklumkan beliau tidak dibayar untuk menulis lirik berkenaan.
Ditanya tidakkah beliau terkilan apabila namanya tidak disenarai sebagai penulis lirik, Habsah yang telah menulis lebih 1,000 lirik memberitahu, beliau enggan memperbesarkan isu itu.
"Saya baru tahu yang nama saya tidak disenaraikan sebagai penulis lirik lagu tersebut beberapa tahun lalu. Terkilan itu tidaklah, cuma saya terkejut.
"Mungkin saya kena cari balik salinan asal lirik itu dan lihat jika betul ia telah diubah.
"Saya simpan semua salinan asal lirik yang saya tulis, malah saya sertakan sekali tarikh bila ia ditulis. Tetapi terlalu banyak lirik yang saya sudah tulis, nak cari balik bukan senang.
"Tak mengapalah, saya tidak kecil hati. Saya anggap ia sumbangan kecil saya untuk negara," sambungnya.
Setia yang diterbitkan pada 1987, dicipta oleh Datuk Ahmad Dassilah, dan dinyanyikan oleh Francissca Peter.
Madiha Abdullah
Fri Aug 17 2018
Habsah Hassan akui tidak tahu menahu namanya tidak dikreditkan sebagai penulis lirik, sehinggalah beberapa tahun lepas. - Foto Astro AWANI
Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan
Bagaimanapun, sesi latihan akan disesuaikan mengikut keadaan cuaca bagi mengurangkan risiko.
AWANI Pagi: Selamatkah kita di dalam dunia kecerdasan buatan?
Bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia pada 17 Mei bertemakan inovasi digital dan kemampanan pembangunan, AWANI Pagi bawakan topik menarik mengenai keselamatan di dalam dunia kecerdasan buatan.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
AWANI Ringkas: Inflasi Malaysia 2023 catat peningkatan perlahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Kak Chah tidak kecil hati tidak disenarai sebagai penulis lirik 'Setia'
Habsah Hassan akui tidak tahu menahu namanya tidak dikreditkan sebagai penulis lirik, sehinggalah beberapa tahun lepas.