ESOK secara rasmi kejohanan bola sepak tertua di rantau Asia Tenggara - Piala Malaysia membuka tirainya.
Sudah tentu, kesemua pemegang taruh terlibat tidak sabar menantikan aura Piala Malaysia selepas tidak dilangsungkan musim lalu ekoran pandemik COVID-19.
Sebanyak 16 pasukan berentap memburu Piala Malaysia musim ini yang juga bakal menjadi sambutan ulang tahun ke-100 trofi berprestij itu.
Johor Darul Ta'zim (JDT) juara edisi 2019 mengetuai senarai 11 pasukan Liga Super selain lima lagi wakil daripada Liga Premier bagi melengkapkan kuota.
Namun, satu persoalan yang masih menjadi tanda tanya, bilakah peminat dan penyokong bola sepak khususnya ‘kaki bola’ dibenarkan kembali memasuki stadium?
Sehingga kini, mereka masih lagi setia menunggu ‘lampu hijau’ daripada pihak kerajaan.
Malah, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) juga masih tertunggu-tunggu perkhabaran gembira dari Putrajaya.
Jika diikutkan, MFL sudah bersedia dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk kembali ‘membawa masuk’ penonton ke stadium.
Bukan sahaja MFL, kesemua pengurusan pasukan juga sudah bersedia menerima ‘kepulangan semula’ penyokong masing-masing ke stadium.
Berdasarkan pengalaman dalam beberapa perlawanan sebelum ini, mereka percaya mampu untuk mengawal kehadiran penonton ke stadium dengan SOP yang telah ditetapkan.
Bagaimanapun, penantian mereka tampak tidak akan berakhir dalam masa terdekat apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, kehadiran penonton ke stadium atau venue sukan dan rekreasi di kawasan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditangguh sementara.
Jika diimbas kembali, stadium kembali bergema dengan sorakan gegak gempita penyokong bola sepak apabila kerajaan membenarkan kehadiran penonton ke stadium pada awal April lalu, lebih setahun selepas Liga-M terpaksa ditangguhkan pada 16 Mac 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.
Dua perlawanan Liga Super membabitkan pertemuan JDT menentang Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 2 April dan Kuala Lumpur City FC berdepan Sabah FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 3 April dijadikan sebagai projek perintis bagi kemasukan penonton ke stadium.
Pada ketika itu, formula jumlah kemasukan penonton bergantung kepada lapisan peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berdasarkan SOP di kawasan PKP Bersyarat (PKPB), hanya 10 peratus kapasiti atau maksimum 2,000 penonton dibenarkan manakala PKP Pemulihan (PKPP), 25 peratus atau maksimum 8,000 penonton.
Malah, mengikut SOP protokol pengurusan penonton yang ditetapkan pihak MFL, penonton hanya dibenarkan menggunakan tandas sebelum atau semasa perlawanan berlangsung.
Pintu stadium pula akan dibuka kepada penonton dua jam sebelum perlawanan dan ditutup 15 minit sebelum perlawanan bermula.
Namun, ‘keistimewaan’ yang diberikan pihak kerajaan kepada MFL itu ditarik balik susulan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara sehingga menyaksikan aksi Liga Super mahupun Liga Premier yang berakhir pada Jumaat kembali berlangsung tanpa kehadiran ‘pemain ke-12’ pasukan masing-masing.
Dengan segala pengalaman yang ada sebelum ini, bukan sesuatu yang mustahil bagi MFL dan kesemua pemegang taruh terlibat untuk mengawal selia kemasukan penonton ke stadium.
Mereka boleh dianggap lulus kerana tiada ‘kluster bola sepak’ timbul dalam tempoh masa penonton dibenarkan kembali masuk ke stadium.
Kini semuanya terletak di tangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Di pihak MFL, mereka sudah melakukan apa yang sepatutnya dengan meletakkan syarat baharu termasuk kemasukan ke stadium hanya dibenarkan kepada individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Jika pintu stadium kembali dibuka suatu hari nanti, peringatan buat peminat dan penyokong bola sepak agar patuh dengan SOP yang ditetapkan.
Harus diingatkan bahawa sebarang kecuaian dalam mematuhi SOP tidak hanya memberi kesan kepada penonton, malah juga MFL.
Ibarat kata pepatah Melayu – jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.
Tindakan segelintir penonton mampu menjejaskan imej MFL selain merosakkan peluang penonton lain untuk masuk ke stadium.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 25 2021
Suasana seperti ini amat dirindui peminat, tetapi bilakah kaki bola dibenarkan kembali memasuki stadium? -Gambar fail
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya punya kelebihan bermain di gelanggang sendiri - Shahrul
Harimau Malaya enggan kehilangan mata lagi bila beraksi di laman sendiri nanti.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England meskipun tewas kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan.
Perak tetap sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Katanya, sekiranya Perak FC tidak bersedia untuk menyediakan pasukan, Majlis Sukan Negeri Perak akan membuat persiapan sendiri.
Pengurus Besar Fiorentina meninggal dunia
Barone dirawat di hospital Isnin selepas rebah pada Ahad ketika pasukan itu meninggalkan hotel untuk perlawanan di Atalanta.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Penalti Ronaldo cukup buat Al-Nassr kembali temui rentak kemenangan
Ronaldo selesa menyempurnakan gol yang ke-23 dalam saingan Liga Pro Saudi selepas 68 minit, menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.