awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan Akta FINAS perkemas aspek tadbir urus, kawal selia industri - PFM

Bernama
Bernama
19/12/2025
13:30 MYT
Pindaan Akta FINAS perkemas aspek tadbir urus, kawal selia industri - PFM
Zahrin berkata pindaan tersebut akan melindungi hak dan kebajikan penggiat kreatif sekali gus memperkasa peranan FINAS sebagai peneraju pembangunan industri kandungan tempatan. - Gambar Facebook Zahrin Aris
KUALA LUMPUR: Pengukuhan rangka perundangan melalui pindaan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) dijangka memperkemaskan aspek tadbir urus dan pengawalseliaan industri perfileman, menurut Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).

Ringkasan AI
  • Pindaan Akta FINAS 1981 dijangka memperkemaskan tadbir urus industri perfileman, kata Persatuan Penerbit Filem Malaysia.
  • Pindaan tersebut akan melindungi hak penggiat kreatif dan memperkuat peranan FINAS dalam pembangunan industri tempatan.
  • Pindaan dipuji sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi kreatif dan meningkatkan daya saing karya perfileman Malaysia di peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Setiausaha Kehormat PFM Zahrin Aris berkata pindaan tersebut akan melindungi hak dan kebajikan penggiat kreatif sekali gus memperkasa peranan FINAS sebagai peneraju pembangunan industri kandungan tempatan.
Beliau berkata pindaan itu juga diyakini mampu mewujudkan persekitaran industri yang lebih tersusun, telus dan profesional.
"PFM turut melihat pindaan ini sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi kreatif, khususnya dalam merangsang pelaburan tempatan dan asing, memperluas peluang pekerjaan, serta meningkatkan daya saing karya perfileman dan kandungan kreatif Malaysia di peringkat global," katanya dalam kenyataan.
Zahrin turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan FINAS atas kejayaan kelulusan pindaan akta berkenaan di Dewan Negara semalam.
Beliau berkata kelulusan pindaan akta itu merupakan satu pencapaian penting dalam sejarah pembangunan industri perfileman negara, selaras keperluan semasa landskap industri kreatif yang semakin berkembang, kompleks dan berdaya saing di peringkat serantau serta antarabangsa.
"Pindaan ini turut mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan industri perfileman Malaysia terus relevan, berdaya tahan serta mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan model perniagaan baharu," katanya.
Sehubungan itu, Zahrin berkata PFM memberikan komitmen penuh untuk terus bekerjasama secara strategik dengan Kementerian Komunikasi, FINAS, serta semua pihak berkepentingan dalam industri bagi memastikan pelaksanaan pindaan akta itu secara menyeluruh.
Beliau juga percaya pendekatan kolaboratif antara kerajaan dan pemain industri akan menjadi asas kukuh dalam membina ekosistem perfileman Malaysia yang lebih mampan, progresif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#FINAS
#pelaburan
#industri perfileman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan