awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan IPT rugi setengah juta diperdaya 'love scam'

Bernama
Bernama
28/03/2023
00:38 MYT
Kakitangan IPT rugi setengah juta diperdaya 'love scam'
Menurut polis, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas dimaklumkan rakannya bahawa lelaki yang juga buah hatinya itu bukanlah individu yang sering berhubung dengannya selama ini. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang kakitangan wanita sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini mendakwa kerugian RM500,000 akibat terpedaya dengan sindiket 'love scam' atau penipuan cinta.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata kejadian bermula pada Julai 2020 selepas mangsa berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi laman sesawang mencari jodoh.
Beliau berkata sejak itu, suspek sering kali meminta wang daripada mangsa atas pelbagai alasan termasuk untuk meminjam dan sebagai tanda kasih sayang.
"Sepanjang perkenalan mereka dari 2020 hingga 2023, mangsa telah melakukan 22 pindahan wang ke akaun yang berbeza-beza sehingga mencapai jumlah RM500,000.
"Suspek juga mengarahkan mangsa supaya membuang segala bukti seperti resit pindahan wang ke akaun yang diberikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Rahim berkata disebabkan rasa sayang dan percaya, mangsa menurut semua arahan suspek tanpa curiga dan memikirkan akibatnya di kemudian hari.
Menurut beliau, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas dimaklumkan rakannya bahawa lelaki yang juga buah hatinya itu bukanlah individu yang sering berhubung dengannya selama ini.
"Mangsa membuat laporan polis pada Ahad lepas selepas kehilangan wang simpanan dan wang pinjaman peribadi berjumlah setengah juta," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan segala taktik penipuan oleh penjenayah yang telah memperdaya ramai mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#love scam
#penipuan cinta
#kakitangan IPT
#laman sesawang mencari jodoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan