DUNGUN: Seorang kakitangan wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor ditemukan lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Pulau Tenggol dekat Dungun pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata mangsa, Puspasari Aminuddin, 37, bersama dua lagi rakannya serta beberapa penyelam lain dipercayai mula melakukan aktiviti tersebut pada 9.25 pagi.
"Menurut pemandu bot, selepas 15 minit menyelam, beliau ternampak mangsa terapung di permukaan air lantas membawanya naik ke bot.
"Namun, mangsa didapati sudah tidak bernyawa ketika itu dan dibawa pulang ke Jeti Akim, Seberang Pintasan untuk pemeriksaan lanjut di Hospital Dungun," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Difahamkan, mangsa dan dua rakannya dari Shah Alam itu tiba di Dungun malam tadi untuk bercuti hujung minggu di Pulau Tenggol.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 28 2022
Mangsa dan dua rakannya dari Shah Alam tiba di Dungun malam tadi untuk bercuti hujung minggu di Pulau Tenggol. - Gambar/ FB MBSA
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
PRK KKB: Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa - JAIS
Larangan itu turut termasuk sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang sedang berlangsung.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
TM akan percepatkan penggunaan teknologi AI tahun ini - Pengerusi
Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang berhasrat untuk mempercepatkan lagi usaha dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) tahun ini.
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda bagi penuhi keperluan REE negara
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi jejaki prestasi serantau
Ia seiring dengan pengukuhan niaga hadapan getah Shanghai berikutan sentimen dirangsang oleh data ekonomi China yang menggalakkan.
Kebakaran hutan tanah gambut di Rompin dijangka dipadamkan sepenuhnya seminggu lagi
Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Etika kewartawanan bezakan wartawan warga dengan pengamal media sebenar - Fahmi
Etika kewartawanan yang teguh amat penting dalam memastikan kemampanan industri media di negara ini.
Kawasan perairan Pulau Tenggol bakal diwarta
Kajian sedang dibuat bagi memperluas proses pewartaan dari bahagian daratan ke perairan Pulau Tenggol.
Pekerja resort hilang: Mangsa mungkin hanyut akibat bot rosak
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata, pihaknya juga tidak menemui sebarang petunjuk yang boleh mengaitkan bot terbabit karam.
Tiga pekerja resort di Pulau Tenggol dikhuatiri hilang di laut
Dalam kejadian itu, ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke pulau tersebut untuk mengambil pelancong yang menginap di Tenggol Island Resort itu.
Tragedi bot karam Pulau Tenggol: Seorang pemancing maut, tiga lagi terselamat
Seorang pemancing maut manakala tiga lagi rakannya selamat selepas bot yang yang dinaiki mereka karam perairan Pulau Tenggol, Dungun.
Mayat reput di Pulau Tenggol dipercayai dibunuh sebelum disumbat dalam kotak polisterin
Katanya, hasil laporan bedah siasat juga mendapati terdapat kesan tetakan pada rusuk kiri, kanan dan belakang badan mangsa.