awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan MBSP positif COVID-19

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
03/12/2020
04:19 MYT
Kakitangan MBSP positif COVID-19
Pegawai berkenaan sebelum ini bertugas dan hadir ke pejabatnya di Menara Bandaraya pada 25 November lalu sebelum dimasukkan ke hospital enam hari kemudian. -Gambar fail
GEORGE TOWN:Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Pulau Pinang hari ini disahkan positif Covid-19.
Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata pegawai tersebut disahkan positif semalam.
Menurut Rozali, pegawai berkenaan sebelum ini bertugas dan hadir ke pejabatnya di Menara Bandaraya pada 25 November lalu sebelum dimasukkan ke hospital enam hari kemudian.
Justeru, sebagai langkah pencegahan pihak pengurusan telahpun mengenal pasti semua kakitangan dan pegawai lain yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan dan mereka telah diarah bekerja dari rumah.
Sementara itu, Rozali berkata beberapa jabatan di Menara MBSP dan Jabatan Landskap Kampung Jawa telah ditutup sepenuhnya untuk kerja-kerja sanitasi secara menyeluruh.
"Untuk makluman orang awam, operasi MBSP di kaunter berpusat masih berjalan seperti biasa, dan bagaimanapun, mereka lebih digalakkan untuk membuat pembayaran atau mendapatkan lain-lain perkhidmatan MBSP secara dalam talian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu Rozali menasihatkan penduduk Seberang Perai supaya tidak panik kerana keadaan adalah terkawal dan berada dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Majlis Bandaraya Seberang Perai
#mbsp
#Rozali Mohamud
#Menara Bandaraya
#langkah pencegahan
#kontak rapat
#Jabatan Landskap Kampung Jawa
#kerja sanitasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan