awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pertahanan Jepun, AS sahkan pakatan dua hala tidak goyah
Terpedaya iklan hartanah? Pembeli ada enam tahun untuk ambil tindakan undang-undang
Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah aktiviti LGBT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan MPHS meninggal dunia ketika berbasikal

Sinar Harian
Sinar Harian
13/10/2025
00:55 MYT
Kakitangan MPHS meninggal dunia ketika berbasikal
HULU SELANGOR: Seorang lelaki dipercayai mengalami serangan jantung sebelum ditemui meninggal dunia ketika berbasikal bersendirian di hadapan stesen minyak Caltex Batu 30, Jalan Kuala Lumpur–Ipoh di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada jam 11.15 pagi berhubung penemuan seorang lelaki yang didapati tidak sedarkan diri di lokasi berkenaan.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 39 tahun itu merupakan kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan ketika kejadian sedang melakukan aktiviti berbasikal secara bersendirian.
"Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan luaran, pergaduhan atau unsur jenayah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, mayat individu berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan oleh serangan jantung.
"Kes ini diklasifikasikan laporan mati mengejut," katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Khadijah di talian 03-6064 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hulu Selangor
#meninggal dunia
#serangan jantung
#meninggal dunia ketika berbasikal
#Majlis Perbandaran Hulu Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan