awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan universiti didakwa amang seksual anak tiri

Sinar Harian
Sinar Harian
05/11/2024
07:45 MYT
Kakitangan universiti didakwa amang seksual anak tiri
Lelaki terbabit (kiri) dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan, lima tahun lalu. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang kakitangan sebuah universiti tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan, lima tahun lalu.
Tertuduh berusia 39 tahun bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman.
Berdasarkan pertuduhan, dia telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun pada waktu kejadian.
Tindakan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jasin, jam 2 hingga 3 pagi, antara 15 hingga 31 Disember 2019.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (AKSTK 2017) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat, jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan RM30,000 terhadap mangsa dan memohon syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Peguam Chua Yong Yi yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah kerana tertuduh menghidap sakit jantung manakala isterinya sedang sarat mengandung dan menunggu hari untuk melahirkan anak keempat.
Selain itu tertuduh juga menyara ibu bapa yang sakit.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan ke mahkamah.
Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 9 Disember depan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kakitangan universiti
#amang seksual
#anak tiri
#Jasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan