awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kalau ada ISA lagi bagus" - KPN

Hakim Rahman
Hakim Rahman
11/01/2014
00:20 MYT
"Kalau ada ISA lagi bagus" - KPN
Gambar fail
Polis DiRaja Malaysia, PDRM mengalu-alukan sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negeri, (ISA) dikuatkuasakan semula.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ISA memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.
Jelas Khalid undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA masih mencukupi namun mempunyai peranan berbeza.
"Saya sebagai penguatkuasa saya masih mengharapkan undang-undang yang dapat membantu memastikan negara aman dan damai. Kita akan memastikan keselamatan dan keselamatan rakyat kita lebih baik, tunggu la kalau ada esok kita tengok la kita tak boleh banding-banding tapi kalau ada nanti kita tau la apa nak buat,” katanya.
PDRM bagaimanapun akur dengan undang-undang sedia ada yang digubal di parlimen.
Mengulas kejadian sepanjang tahun 2013, Khalid berkata PDRM berdepan cabaran getir antaranya pencerobohan Lahad Datu, Pilihan Raya Umum serta menghadapi 26 perhimpunan haram.
PDRM turut menjangka lebih banyak demonstrasi berlaku ekoran perkembangan sosioekonomi yang semakin mencabar.
"Isu kenaikan harga barang yang tidak selari dengan penambahan pendapatan akan mengundang lebih banyak perhimpunan dan protes dari rakyat. Keadaan ini akan berlarutan dan memuncak pada pertengahan 2015 apabila Goods and Sales Tax (GST) diperkenalkan.” jelasnya lagi.
Tambah Khalid, isu-isu politik dijangka akan terus dimainkan pihak-pihak berkepentingan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya seterusnya.
Setiap tindakan kerajaan dan pihak berkuasa khususnya PDRM akan diletakkan di bawah radar pengawasan pihak berkepentingan.
Topic Berkaitan
#ISA
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan