awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalau kita tak ikut undang-undang, bagaimana kita nak rakyat ikut undang-undang - Azalina

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/12/2021
04:53 MYT
Kalau kita tak ikut undang-undang, bagaimana kita nak rakyat ikut undang-undang - Azalina
"Tolonglah hormat sahabat-sahabat Yang Berhormat lain yang perlu berbahas." kata Azalina. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azalina Othman Said menegur Steven Choong Shiau Yoon (Bebas - Tebrau) kerana mengambil masa yang lama ketika berbahas di Dewan Rakyat pada Selasa.
Azalina yang mempengerusikan sidang pada tengah hari tadi menasihatkan semua Ahli Parlimen supaya menghormati masa lima minit yang diberikan kepada mereka.
“Yang Berhormat, cukuplah. Banyak lagi orang nak berbahas. Yang Berhormat (Steven Choong terus berbahas, tidak berhenti). Ya Allah hai…,” katanya.
Kemudian, barulah Steven Choong berhenti dan Azalina kemudiannya menasihatkan semua Ahli Parlimen:
“Kita ini rakyat tengah tengok kita, beratus ribu yang tengok. Kalau kita tak dapat ikut undang-undang, bagaimana kita nak rakyat ikut undang-undang.
“Jadi, kedua, tolonglah hormat sahabat-sahabat Yang Berhormat lain yang perlu berbahas. Seterusnya, Yang Berhormat Pasir Gudang (Hassan Abdul Karim, PH). Lima minit Yang Berhormat,” kata Azalina.
“Ya, saya akan ikut masa,” kata Hassan.
Dewan Rakyat | Azalina tegur Ahli Parlimen ambil masa lama ketika berbahas
Ketika berbahas, Hassan menamatkannya selepas lima minit dan menyatakan beliau kotakan apa dikatakannya dan tidak mahu mengganggu masa Ahli Parlimen lain.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#Dewan Rakyat
#Steven Choong Shiau Yoon
#Hassan Abdul Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan