Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat Malaysia supaya memilih pemimpin yang baik.

Ini penting katanya, bagi memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara yang baik.

"Ini negara demokrasi, rakyat boleh tolak mana-mana pemimpin yang tidak menunjukkan prestasi yang baik melalui sistem sedia ada," kata Dr Mahathir.

Mahathir menjawab soalan penonton semasa menjadi penceramah jemputan khas pada Pesta Minda Malaysia ke-11 di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).