awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalimah Allah: Dewan Rakyat tolak usul RUU Tafsiran Pindaan Akta 388 dibawa MP Jasin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
08/06/2023
05:58 MYT
Kalimah Allah: Dewan Rakyat tolak usul RUU Tafsiran Pindaan Akta 388 dibawa MP Jasin
Zulkifli memaklumkan usul itu, yang dikemukakan pada 25 Mei lalu adalah bagi memastikan satu akta khusus yang dapat mengawal makna kalimah Allah daripada sebarang penyalahtafsiran - Foto tangkap layar YouTube Parlimen
KUALA LUMPUR: Usul persendirian yang dibawa seorang ahli Parlimen pembangkang membabitkan Rang Undang-Undang (RUU) Tafsiran Pindaan Akta 388 telah ditolak oleh Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail memaklumkan usul itu, yang dikemukakan pada 25 Mei lalu adalah bagi memastikan satu akta khusus yang dapat mengawal makna kalimah Allah daripada sebarang penyalahtafsiran.
"Usul ini adalah pindaan terhadap Akta Tafsiran 1948 dan 1967, Akta 388 dengan memasukkan penambahan proviso di Seksyen 66 mengenai maksud sebenar kalimah Allah mengikut surah 112, Al Ikhlas.
"Usul persendirian adalah untuk memberikan suatu tafsiran terhadap kalimah Allah supaya ianya dapat menoktahkan polemik berpanjangan ini," katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
Dalam masa sama, Zulkifli berharap beliau dan beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Majlis Raja-Raja bagi menjelaskan berhubung usul persendirian itu.
Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau memaklumkan usul persendirian tersebut ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
"Saya dimaklumkan usul ini telah ditolak dan kalau tidak puas hati boleh buat usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43," katanya.
Sementara, Ahli PArlimen Pendang, Datuk Awang Hashim berkata, pindaan terhadap Akta Tafsiran 1948 dan 1967 perlu diberikan perhatian bagi menjamin kesucian agama Islam dan mendapatkan penjelasan dari segi taksiran maksud kalimah Allah.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kalimah Allah
#Perikatan Nasional
#zulkifli ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan