awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kamera pintar Apple untuk rumah dijangka boleh kenal pasti identiti walaupun bertopeng

Amanz
Amanz
28/11/2024
01:30 MYT
Kamera pintar Apple untuk rumah dijangka boleh kenal pasti identiti walaupun bertopeng
Sistem kecerdasan buatan pada kamera pintar Apple dikatakan boleh menggunakan data-data imej atau video yang telah disimpan yang mungkin ada ciri-ciri individu yang pernah dikenal pasti. - Foto Amanz
SEHINGGA hari ini masih ramai orang yang memakai topeng muka kerana percaya ia adalah kaedah terbaik untuk menjaga kesihatan masing-masing.
Perkara ini membuatkan banyak sistem pengecaman wajah sukar mengenal pasti identiti.
Akan datang, kamera pintar untuk rumah oleh Apple dijangka boleh mengenal pasti identiti orang walaupun wajah ditutup.
Tidak kira sama ada dengan purdah, atau topeng muka, sistem kamera Apple ini boleh mengenal pasti penghuni di sesebuah rumah dan tidak merakam mereka tetapi hanya merakam orang yang kamera tidak kenali.
Kamera ini turut dikatakan akan menyertakan Apple Intelligence.
iSight, kamera web Apple tersendiri. - Foto Amanz
iSight, kamera web Apple tersendiri. - Foto Amanz
Sistem kecerdasan buatan ini dikatakan boleh menggunakan data-data imej atau video yang telah disimpan yang mungkin ada ciri-ciri individu yang pernah dikenal pasti.
Dengan ini, sistem AI pada kamera ini boleh mengecam individu walaupun wajahnya tidak kelihatan sama ada dihalang/ditutup atau kerana kualiti imej yang rendah.
Antara ciri-ciri yang akan dikenal pasti adalah bentuk tubuh badan.
Menariknya, kamera pintar Apple ini turut boleh mengenal pasti gaya pergerakan seseorang.
Kamera ini dijangka dilancarkan pada tahun 2026 untuk dipadankan dengan skrin pintar yang dijangka tiba pada tahun 2025.
Sumber: 9to5Mac
Topic Berkaitan
#kenal pasti identiti
#topeng
#sistem pengecaman wajah
#kamera pintar Apple
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan