Seorang perdana menteri sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak akan menahan mana-mana rakyat Sabah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihantar ke kem tahanan Kamunting jika berani membangkitkan isu hak-hak Sabah, kata pemangku presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Berbeza dengan Najib, Madius berkata beliau lebih terbuka sehingga pemimpin dan rakyat Sabah bebas berbicara mengenai hak-hak negeri Sabah dalam Kerajaan Persekutuan.
"(Pemimpin itu) tahan orang di Kamunting. Hari ini pula memperlekeh atau mempersenda kepimpinan perdana menteri hari ini," katanya ketika berucap pada Konvensyen Upko 2016 di Pusat Kebudayaan Sabah di sini hari ini.
Madius berkata perdana menteri hari ini lebih sedar mengenai kebebasan bersuara yang menjadi hak rakyat yang perlu dihormati.
Bagi Madius, beliau menyifatkan Najib sebagai pemimpin paling sesuai pada masa ini dan berazam untuk memberi sokongan padu kepada Najib.
Dalam ucapan Madius hari ini, beliau membangkitkan banyak isu berkaitan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 yang disifatkannya sebagai dekat di hati rakyat Sabah.
Namun, kata Madius, keberanian Najib memansuhkan ISA memberi ruang kepada rakyat di Sabah meluahkan rasa hati mengenai perjanjain itu dan perkara yang membabitkan hak kaum Bumiputera Sabah.
Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963 namun Singapura meninggalkan pembentukan persekutuan itu pada 1965. Sabah dan Sarawak diberi jaminan hak tertentu untuk menjadi sebahagian daripada persekutuan.
ISA membenarkan penahanan tanpa bicara. Tahanan ditahan di kem tahanan yang terletak di Kamunting, Taiping di Perak di semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2016
Bagi Madius, beliau menyifatkan Najib sebagai pemimpin paling sesuai pada masa ini dan berazam untuk memberi sokongan padu kepada Najib.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
12 ADUN, Ahli Parlimen PH Sabah tarik balik saman pemula terhadap kerajaan
Dua belas wakil rakyat PH Sabah menarik balik saman pemula bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya kerajaan Persekutuan memperakui dan memberikan hak-hak Sabah yang termaktub dalam perlembagaan.
GRS tidak akan tunggu bagi tuntut hak Sabah di bawah MA63
Sabah mahu meterai perjanjian cari gali minyak dan gas dengan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Shafie tempelak pihak pertikai usaha memperjuang hak Sabah
Presiden Warisan berkata, parti itu membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negara.