KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil berat isu kenaikan pelbagai harga barangan yang membebankan rakyat.
Presiden Persatuan Belia Harmoni Malaysia, Huzayl Mohd Noor Sia berkata, kenaikan harga beberapa barangan asas seperti minyak masak dan ayam jelas membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah (B40).
Menurutnya, golongan mahasiswa juga terkesan dan mahu membawa suara rakyat secara keseluruhannya untuk didengari kerajaan.
"Kami berkumpul hari ini bukan nak lawan kerajaan.
"Kami berkumpul kerana hendak beritahu bahawa kenaikan walaupun RM1 itu beri kesan kepada makanan seharian setiap keluarga.
"Pak menteri mungkin tidak kisah minyak naik dari RM20 kepada RM40, tetapi rakyat apatah lagi B40 amat merasai kepayahan tersebut," katanya ketika berucap dalam program Speakers Corner anjuran Gabungan Gerakan Mahasiswa di pekarangan Pasar Seni pada Sabtu.
Seramai 200 orang hadir terdiri daripada mahasiswa dan orang awam ke program tersebut.
Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Aliff Naif berkata, kerajaan diberi tempoh sekurang-kurangnya dua minggu untuk memberikan respon kepada lima tuntutan yang dibawa oleh Gabungan Gerakan Mahasiswa.
Beliau berkata, tuntutan tersebut perlu diambil perhatian oleh kerajaan dan jika tidak, gerakan tersebut akan mengambil tindakan drastik untuk turun mengadakan demonstrasi di jalan raya.
"Satu pesanan saya kepada kerajaan, jika tuntutan kami tidak dilayan, ini bukan kali terakhir kamu akan nampak kami di sini dan ini bukan kali terakhir kami akan bersuara," katanya.
Lima tuntutan yang dituntut oleh Gabungan Gerakan Mahasiswa ialah gaji menteri perlu dipotong, mengekalkan subsidi, menuntut bantuan yang bermaruah dapat diberikan kepada semua lapisan masyarakat, mengawal harga barangan dan menyelesaikan masalah jaminan makanan (food security). -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 03 2022

Huzayl Mohd ketika berucap dalam Speakers Corner anjuran Gabungan Gerakan Mahasiswa di pekarangan Pasar Seni pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

Terima kasih JDT, jumpa lagi nanti - Ruo Han
Ttonggak tengah JDT, Ruo Han memuat naik salam perpisahan kepada pasukan itu selepas tujuh tahun bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).

Exco Terengganu, dua anak bergraduasi MBA bersama
Exco Terengganu, Datuk Razali Idris telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bersama dua anaknya.

Pemilihan PKR 2025 asas penting hadapi PRU16 - Rafizi
Pemilihan PKR 2025 adalah asas penting ke arah memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Rafizi.
AWANI Ringkas: Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Anwar ke Rusia esok, penuhi jemputan Presiden Putin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia bermula 13 hingga 16 Mei ini bagi memenuhi undangan Presiden Vladimir Putin.
Trump akan tandatangani perintah eksekutif kurangkan harga ubat sehingga 80 peratus
Presiden AS Donald Trump mengumumkan perintah eksekutif untuk mengurangkan harga ubat preskripsi sehingga 80%, menyifatkannya sebagai antara perintah eksekutif paling penting dalam sejarah negara.
Pope Leo XIV seru gencatan senjata segera di Gaza
Pope Leo XIV menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan melahirkan rasa dukacita terhadap situasi kemanusiaan yang semakin meruncing, dalam ucapan pertamanya selepas dilantik sebagai Paus.
Cuaca panas melampau uji ketahanan jemaah di tanah suci
Pihak berkuasa Arab Saudi menjangkakan suhu melampau mencecah antara 45 hingga 50 darjah Celsius di Makkah, membahayakan kesihatan jemaah haji. Langkah keselamatan disarankan untuk mengatasi cabaran ini.
Kereta api laju Indonesia catat rekod 25,000 penumpang sehari semasa cuti Wesak
Kereta api berkelajuan tinggi Whoosh mencatat rekod baharu dengan mengangkut lebih 25,000 penumpang dalam sehari, mencerminkan peranannya sebagai pilihan mobiliti yang pantas dan moden.

Pemandu pacuan empat roda rempuh motosikal bukan pemilik kenderaan
Polis masih menjalankan proses sambung reman ke atas suspek dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

'Kami berkumpul bukan nak lawan kerajaan'
Golongan mahasiswa juga terkesan dan mahu membawa suara rakyat secara keseluruhannya untuk didengari kerajaan.