"Kami bukan pengganas", itu luahan seorang etnik Rohingya mengenai nasib malang yang menimpa saudara mara dan umat Islam lain di Rakhine, Myanmar.
Nojemollah Mir Ahamad, 19, berkata pihak berkuasa Myanmar sengaja melabel etnik minoriti itu sebagai pengganas bagi menutup pencabulan hak asasi manusia serta pembunuhan masyarakat Islam Rohingya yang dilakukan.
"Mereka kata kami pengganas sedangkan kami tiada senjata, pisau besar untuk potong ikan pun kami tidak dibenarkan simpan di rumah," katanya pada majlis kutipan Tabung Kecemasan Rohingya di sini hari ini.
Nojemollah dari daerah Maungdaw, Rakhine tidak dapat menahan tangisan apabila memberitahu bapa serta seorang adik lelakinya mati dibunuh pihak berkuasa hujung bulan lalu.
"Ayah dan adik saya ditembak mati pada 26 Okt lalu, tapi saya hanya tahu pada 1 Nov lepas... sekarang tidak tahu mahu buat apa setiap masa fikir keluarga di sana," katanya yang mempunyai emak dan lima lagi adik beradik di Maungdaw.
Pemuda yang telah lebih setahun berada di Malaysia dan kini bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar di sini juga sedih kerana keganasan menyebabkan banyak masjid dan al-Quran dibakar, manakala kaum wanita menjadi mangsa rogol.
Bagi Md Roshid Lalu Miya, 25, walaupun tahu nasib malang keluarganya di kampung halaman, tiada apa yang mampu dilakukan selain daripada berdoa.
Dia yang telah empat tahun di Malaysia berkata keluarganya tidak terlepas daripada menjadi mangsa keganasan apabila kaki bapanya dipotong manakala kepala adiknya dicederakan tanpa belas kasihan bulan lalu.
"Kalau bunuh mereka terus sudah tentu tidak perlu lagi tanggung sengsara dan kesakitan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Rohingya di Malaysia cawangan Perak, Mohd Hassan Huson berkata pihaknya mengambil inisiatif mewujudkan Tabung Bantuan Kecemasan untuk disalurkan kepada etnik Rohingya di Myanmar.
Beliau berkata sebanyak RM50,000 disasarkan untuk dikutip daripada kira-kira 5,000 etnik Rohingya yang ada di Perak dan sumbangan itu akan disalurkan dengan bantuan sebuah syarikat media tempatan di Myanmar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2016
Pihak berkuasa Myanmar sengaja melabel etnik minoriti itu sebagai pengganas bagi menutup pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemegang kad UNHCR edar dadah di pasar borong
Kegiatan geng warga Myanmar edar dadah di pasar borong untuk kegunaan rakan senegara mereka berjaya dibongkar polis menerusi serbuan di Taman Sri Kuching, di sini pada Selasa.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Terpengaruh iklan kerja gaji lumayan, pemuda jadi mangsa scammer
Seorang pemuda dari Rawang didera dan dipaksa menjadi 'scammer' atau penipu wang pelaburan kripto suatu sindiket beroperasi di Myawaddy, Myanmar.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Korea Selatan, AS dan beberapa negara kutuk kekejaman tentera Myanmar
Korea Selatan, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain menggesa tentera Myanmar segera menghentikan semua keganasan terhadap orang awam.