awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami mahu tahu betul atau tidak wujud Titah Adendum - Hamzah

Sinar Harian
Sinar Harian
06/01/2025
02:50 MYT
Kami mahu tahu betul atau tidak wujud Titah Adendum - Hamzah
Hamzah (dua, kanan) ketika tiba di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Pemimpin Perikatan Nasional (PN) hadir ke Mahkamah Rayuan bagi mengetahui sama ada Titah Adendum berkaitan tahanan kediaman membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, benar-benar wujud atau tidak.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau dan rakan seperjuangan dalam PN berbuat demikian selepas dimaklumkan bahawa memang wujud Titah Adendum berkaitan kes bekas Presiden UMNO terbabit.
"Apabila kita dimaklumkan bahawa Titah Adendum itu ada, wujud persoalan kenapa tidak dilaksanakan perintah Yang di-Pertuan Agung ke-16 terbabit.
"Itulah persoalan sebenarnya... Sebab itu apabila di Parlimen kita tanya Perdana Menteri mengenai kewujudannya. Tetapi apabila kita tanya Perdana Menteri... Dia tidak memberikan jawapan yang jelas.
"Sebab itulah apabila ada afidavit difailkan oleh keluarga Najib ke mahkamah, kita hadir ke sini hari ini.
"Kita mahu tahu sama betul atau tidak wujud Titah Adendum berkaitan perintah tahanan di rumah membabitkan Najib terbabit, " katanya ketika ditemui wartawan Sinar Harian di Kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya, sebentar tadi.
Hamzah yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata demikian ketika ditanya kenapa pemimpin tetap hadir ke Perhimpunan Solidariti bersama Najib biarpun polis tidak mengeluarkan permit.
Turut bersama Hamzah ialah Menteri Besar Terengganu merangkap Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Sementara itu, penyokong Najib Razak dan parti politik membanjiri kawasan parkir di belakang Istana Kehakiman Presint 3 Putrajaya bagi mengikuti pendengaran permohonan semakan berkaitan dengan Titah Adendum di Mahkamah Rayuan hari ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#Titah Adendum
#Perikatan Nasional
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan