KOTA BHARU: Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan yang berniaga sempena Program Jualan Amal mempunyai kaedah tersendiri untuk mengenali wang dibayar pelanggan.
Ahli Pertubuhan Orang Cacat Malaysia Cawangan Malaysia Cawangan Kelantan, Wan Mohd Suhaimi Wan Mohd Zawil Abidin, 41, berkata, mereka akan menyentuh atau mengukur wang yang diberi pelanggan sebelum memberi bakinya jika perlu.
"Itu antara kaedah yang kami praktikkan sebelum memulangkan baki kepada pelanggan," ketika ditemui sempena jualan amal itu pada Ahad.
Jualan dua hari yang bermula Sabtu itu disertai sepuluh OKU yang menjual barangan kering secara kecil-kecilan.
Menurut Wan Mohd Suhaimi, mereka gembira jika ada pelanggan yang memaklumkan jumlah wang ketika membeli barang bagi memudahkan pemberian baki, namun ada yang tidak berbuat demikian.
"Jadi kami akan menyentuh dengan tangan dan mengukurnya terlebih dahulu kerana setiap tekstur serta saiz terutama panjang wang kertas berbeza," katanya.
Wan Mohd Suhaimi yang membantu isterinya berniaga cheese tart, muruku dan madu menjelaskan deria sentuh individu OKU lebih sensitif.
Bagaimanapun katanya, bagi wang syiling pula, mereka perlu membuat perbandingan tekstur di sekeliling syiling itu sama ada kasar atau halus.
"Pada mulanya agak sukar untuk saya mengenali wang itu kerana dilahirkan rabun sejak kecil dan lama-kelamaan tidak boleh melihat," katanya.
Seorang lagi peniaga OKU penglihatan, Norizah Mohd Noor, 62, turut melakukan perkara sama jika pelanggannya tidak memberitahu jumlah wang yang diberikan.
Katanya, pada mulanya dia sukar membezakan wang kertas dan mengambil masa untuk mengenalinya tetapi kini ia tidak lagi menjadi masalah.
"Lama kelamaan hanya dengan sentuhan kami sudah boleh memberi baki wang kepada pelanggan dengan cepat," ujarnya.
Norizah yang menjual sabun, skrub dan pewangi kenderaan bersyukur kerana dapat membantu persatuan mengumpul dana untuk pembangunan OKU penglihatan di negeri ini.
Rakannya, Norizawati Abd latif, 51, pula bersyukur kerana pelanggan jujur dan membeli sos char kuetiau yang dihasilkan suaminya.
"Alhamdulillah, pelanggan faham dan ramai yang terus membayar pada harga mencukupi," katanya.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan Pertubuhan Orang Cacat Malaysia Cawangan Kelantan berusaha menganjurkan jualan amal untuk mengutip dana bertujuan membina sebuah bangunan selepas hampir 30 tahun hanya menyewa premis.
Pengerusi pertubuhan itu, Azmi Abdul Manaf turut mengakui pegumpulan dana sangat perlahan dan tidak sampai RM100,000 sejak dilaksanakan pada 1990-an. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 04 2024
Norizah melayan Norizawati yang mahu membeli barangan jualannya. - Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Kami sentuh, ukur wang sebelum pulangkan baki' - Peniaga OKU
OKU penglihatan yang berniaga sempena Program Jualan Amal mempunyai kaedah tersendiri untuk mengenali wang dibayar pelanggan