awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insiden helikopter: Mohammad Zullfika dipindahkan ke 96 HAT Lumut
Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK
9 terbunuh dalam serangan semasa sambutan ambang tahun baharu di Nigeria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kami temui Allahyarham sudah tidak bernyawa' - Teman baik Jit Murad

Gempak
Gempak
13/02/2022
03:41 MYT
'Kami temui Allahyarham sudah tidak bernyawa' - Teman baik Jit Murad
Allahyarham Jit Murad menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun. -Astro AWANI
FIZAR Harun, teman rapat Jit Murad mengesahkan menemui jasad kepada penulis, pelakon teater dan filem dalam keadaan tidak bernyawa, semalam (Sabtu).
Menurut Fizar dia dan beberapa orang cuba menghubungi Jit menerusi panggilan dan aplikasi WhatsApp, tetapi tiada jawapan, menyebabkan mereka mereka bergegas ke kediaman Allahyarham di sebuah kondominium di Bukit Damansara.
“Selepas cubaan menghubungi Jit gagal, saya dan beberapa orang lagi teman bergegas ke rumahnya kira kira jam 2.15 petang untuk memeriksa keadaan sebenar.
"Tetapi apabila tiba di rumah Jit, kami menjumpai dia sudah tidak bernyawa," kata Fizar.
Sehingga semalam, punca sebenar kematian Jit masih belum dikenal pasti.
Urusan pengebumian juga diserahkan kepada keluarga Allahyarham.
Allahyarham Jit menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun.
BACA: Penulis, pelakon Jit Murad meninggal dunia
Terdahulu berita pemergian arwah turut diciap di laman Twitter dan dikongsi menerusi Instagram oleh beberapa teman artis termasuk Datin Seri Tiara Jacquelina Eu Abdullah, Susan Lancester dan Que Haidar.
Jit merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor.
*Artikel asal di Gempak
Topic Berkaitan
#Jit Murad
#Fizar Harun
#Murad Mohamed Noor
#penulis dan pelakon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan