awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Kestabilan dan hospitaliti rakyat jadi teras
Pas sahkan calon Pengerusi PN minggu depan - Abdul Hadi
Ketegasan Mourinho buat Ronaldo menangis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 terbunuh dalam serangan semasa sambutan ambang tahun baharu di Nigeria

Bernama
Bernama
02/01/2026
02:40 MYT
9 terbunuh dalam serangan semasa sambutan ambang tahun baharu di Nigeria
Pertunjukan bunga api meraikan kedatangan Tahun Baharu 2026 di Jos, tengah Nigeria , 1 Jan 2026. - Gambar hiasan/AP
LAGOS (Nigeria): Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh ditembak oleh kumpulan bersenjata semasa sambutan ambang Tahun Baharu di negeri Plateau, tengah-utara Nigeria, menurut pihak berkuasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam serangan bersenjata semasa sambutan ambang Tahun Baharu di negeri Plateau, Nigeria.
  • Serangan berlaku di kampung Chigwi, daerah Vwang, ketika penduduk berkumpul untuk sambutan malam peralihan tahun baharu.
  • Pihak berkuasa tempatan menggantung semua sambutan Tahun Baharu yang dirancang di negeri Plateau berikutan insiden berdarah tersebut.

Serangan di kampung Chigwi, daerah Vwang, dalam kawasan kerajaan tempatan Jos South itu berlaku lewat Rabu ketika penduduk berkumpul untuk sambutan tradisi malam peralihan tahun baharu.
Setiausaha kepada ketua daerah Vwang, Iliya Chung, memberitahu Anadolu melalui telefon bahawa mangsa terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak.
"Pada mulanya enam mayat ditemukan pada Rabu, namun jumlah korban meningkat kepada sembilan menjelang awal Khamis selepas beberapa mangsa lain meninggal dunia di hospital," katanya.
Pihak berkuasa tempatan menggantung semua sambutan Tahun Baharu yang dirancang, termasuk satu acara yang dijadual dihadiri oleh gabenor negeri berkenaan.
Negeri Plateau telah lama berdepan dengan episod keganasan berkala yang dikaitkan dengan pertempuran antara kumpulan militia bersenjata, konflik kalangan penternak dan petani serta kegiatan penyamun.
Pada April 2025, sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dalam beberapa siri serangan bersenjata di kawasan Zike dan Bassa, menunjukkan masalah keselamatan yang berulang di seluruh negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kumpulan bersenjata
#tembak
#sambutan tahun baharu
#Nigeria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan