awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Kestabilan dan hospitaliti rakyat jadi teras
Pas sahkan calon Pengerusi PN minggu depan - Abdul Hadi
Ketegasan Mourinho buat Ronaldo menangis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK

Bernama
Bernama
02/01/2026
02:50 MYT
Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK
Khairul Anwar (kanan) menyoal tiga suspek berusia 23 tahun yang ditahan selepas positif ganja ketika pulang dari meraikan sambutan Tahun Baharu di negara jiran dalam Ops Tahun Baharu 2026 di Kompleks ICQS malam tadi. --fotoBERNAMA
BUKIT KAYU HITAM: Tiga lelaki berkonvoi motosikal dari Johor antara yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) apabila didapati positif ganja selepas pulang daripada berhibur di Thailand, semalam.

Ringkasan AI
  • Tiga lelaki berkonvoi motosikal dari Johor ditahan AADK selepas didapati positif ganja pulang dari Thailand.
  • Mereka berkonvoi ke Koh Samui, Thailand sebelum pulang ekoran kematian bapa salah seorang daripada mereka.
  • Sebanyak 13 individu positif dadah termasuk seorang remaja selepas operasi AADK di sempadan Kedah-Thailand.

Pengarah AADK Kedah Khairul Anwar Ahmad berkata mereka yang berusia 23 tahun itu ditahan dalam operasi sempena Tahun Baharu 2026 kira-kira 3 petang ketika melalui pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.
Beliau berkata mereka berkonvoi ke Koh Samui, Thailand pada 28 Dis dan terpaksa bergegas pulang apabila bapa seorang daripadanya meninggal dunia.
"Mereka singgah sebentar di Hat Yai dan dipercayai mengambil bahan terlarang itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Khairul Anwar berkata dalam operasi bermula 6 pagi itu sebanyak 15 kereta dan 25 motosikal diperiksa selain 30 individu diminta menjalani ujian saringan air kencing sebaik memasuki sempadan negara.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 13 individu berusia antara 18 hingga 39 tahun didapati positif dadah termasuk seorang remaja baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia yang positif MDMA selepas pulang dari Danok, Thailand.
Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 3 (1) (a) Akta Penagih dan Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 untuk tindakan lanjut.
Khairul Anwar berkata AADK Kedah akan terus mempergiat operasi melalui Unit Anti Dadah Bukit Kayu Hitam bagi membanteras isu penyalahgunaan dadah.
"Mereka mungkin hanya bermula dengan suka-suka namun kita bimbang ia membawa kepada penagihan lebih serius," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK Kedah
#Khairul Anwar Ahmad
#ganja
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan