awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kami tidak buang kelengkapan persekolahan untuk golongan asnaf" - ZPP

Bernama
Bernama
09/10/2016
03:45 MYT
"Kami tidak buang kelengkapan persekolahan untuk golongan asnaf" - ZPP
Menurut kenyataan ZPP hari ini, pihaknya sedih dan kecewa dengan mereka yang tidak bertanggungjawab dan telah tersalah tafsir tanpa menyelidik serta menyemak terlebih dahulu.
Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini menafikan pihaknya membuang kelengkapan persekolahan untuk golongan asnaf yang disimpan di stor penyimpanan barangan itu di Bandar Perda, di sini seperti yang viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lepas.
Menurut kenyataan ZPP hari ini, pihaknya sedih dan kecewa dengan mereka yang tidak bertanggungjawab dan telah tersalah tafsir tanpa menyelidik serta menyemak terlebih dahulu dengan ZPP, sebaliknya terus menviralkan perkara yang tidak benar ke dalam media sosial untuk tatapan umum.
"Kelengkapan sekolah itu (seperti yang diviralkan) hanyalah barangan rosak (reject) yang diperoleh dan kelengkapan yang dipulangkan oleh pelajar untuk digantikan dengan yang baharu, jadi tidak timbul isu ZPP membuang dan membakar kelengkapan persekolahan seperti yang diviralkan.
"Barangan reject yang dimaksud itu seperti zip seluar, kain atau beg sekolah yang rosak, tali beg sekolah yang terputus atau beg sekolah terkoyak dan jahitan yang tidak kemas," menurut kenyataan itu lagi.
Selain itu sebagai makluman, pihak ZPP juga dalam proses melakukan kerja pembersihan dan penyusunan barang bagi kemasukan stok kelengkapan persekolahan yang baharu untuk persediaan agihan kelengkapan persekolahan sesi 2017 yang akan dinikmati hampir 10,000 orang pelajar asnaf bermula pertengahan Oktober 2016.
Menurut kenyataan itu ZPP juga sentiasa memastikan barangan kelengkapan persekolahan asnaf yang disimpan di dalam stor itu berada dalam keadaan terbaik dan disusun bagi memudahkan proses agihan.
"Mungkin berlaku salah faham di sini oleh pihak yang menviralkan perkara ini," katanya.
ZPP turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sangat prihatin kepada permasalahan itu dan mengambil maklum atas teguran serta akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Menurut kenyataan itu lagi, adalah tidak wajar untuk memberi bantuan yang kurang sempurna kepada asnaf dan ZPP juga memastikan setiap bantuan yang disalurkan adalah yang terbaik buat mereka. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asnaf
#Zakat Pulau Pinang
#ZPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan