JOHOR BAHRU: "Kamu adalah hero saya," berulang kali Raydon Koh mengungkapkan ayat itu kepada anggota bomba ketika mengeluarkan kaki kanannya yang tersepit di dalam saluran paip lubang tandas rumahnya di Taman Sutera Dahlia sini, malam tadi.
Malah, sepanjang proses mengeluarkan kakinya itu, kanak-kanak berusia tiga tahun itu juga tidak menangis walaupun terpaksa menahan kesakitan selama sejam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, PBK II Mohamad Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata, pada kejadian 11.22 malam itu, ibu Koh memberitahu anaknya itu bersendirian ke bilik air untuk membuang air sebelum kaki kanannya tersangkut sehingga paras lutut.
"Pemeriksaan dilakukan pada saluran paip dan sebahagian daripada saluran tersebut dipotong dengan menggunakan peralatan khas dan kaki kanak-kanak tersebut berjaya dikeluarkan dalam masa tujuh minit," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
Mohamad Nazaruddin berkata, kanak-kanak itu sempat mengucapkan penghargaan dengan mengatakan anggota bomba yang menyelamatkannya sebagai heronya dan ketika proses mengeluarkan kakinya, kanak-kanak itu tidak menangis dan hanya menjerit apabila terasa sakit.
"Dia juga berjaya diselamatkan tanpa mengalami kecederaan yang teruk," katanya dan menambah pihaknya menasihatkan ibu bapa kanak-kanak itu supaya membawa anak mereka ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Seramai 13 anggota dengan sebuah jentera, satu unit Emergency Rescue Medical Services (EMRS) dan tiga Rapid Intervention Motorcycle (RIM) ditugaskan menyelamatkan mangsa. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021

Sepanjang proses mengeluarkan kakinya itu, kanak-kanak berusia tiga tahun itu juga tidak menangis walaupun terpaksa menahan kesakitan selama sejam. - Gambar SINAR HARIAN

Arahan Sekatan | Turki kenakan sekatan separa penuh
Turki mengenakan arahan sekatan separa di negara itu, untuk tempoh beberapa minggu pertama dalam bulan Ramadan. Keputusan itu dibuat Presidennya, Recep Tayyip Erdogan dalam satu siaran televisyen setelah negara itu mencatatkan peningkatan kes COVID-19.

COVID-19 | Penduduk singapura boleh pilih vaksin
Penduduk di Singapura dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 untuk diterima serta pusat vaksinasi menerusi sistem tempahan janji temu. Setiap pusat hanya akan membekalkan dan memberi satu jenis vaksin - sama ada Moderna atau Pfizer-Biontech.

Vaksinasi COVID-19 | Skuad Harimau Malaya divaksin bermula Isnin depan
Skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe, boleh menarik nafas lega apabila sah akan menerima suntikan vaksin COVID-19 Isnin depan. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, 78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dijangka menerima suntikan dos pertama COVID-19 di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.

COVID-19 | 4 kawasan di Sabah, Pahang dikenakan PKPD
Sementara itu empat lagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu satu di Sabah dan tiga di Pahang. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kawasan terbabit ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud Serta Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin.

Bazar Ramadan | Muhyiddin ingatkan pengunjung patuh SOP
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pengunjung bazar Ramadan di seluruh negara agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak daripada jangkitan COVID-19. Pesan Perdana Menteri, keadaan COVID-19 belum reda dan semua pihak perlu berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling.

Buang Bayi | Bayi ditemui di luar pintu hospital swasta
Seorang bayi perempuan dipercayai berusia kira-kira 14 hari ditemui ditinggalkan di luar pintu sebuah hospital swasta di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru malam Selasa. Bayi itu ditemui seorang penyambut tetamu yang bertugas di lobi hospital berkenaan pada jam 8.45 malam.

CEO Toshiba, Nobuaki Kurumatani umum letak jawatan
Kedudukannya itu akan digantikan Satoshi Tsunakawa, yang dilihat lebih meyakinkan dan mempunyai hubungan lebih baik dengan kalangan pelabur.

Kes Pukul | Dua 'bodyguard' dipukul kerana berpuasa
Hanya kerana berpuasa di bulan Ramadan, dua lelaki yang bertugas sebagai pengawal peribadi dipukul sehingga cedera, selain menerima ugutan bunuh. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, ia berlaku di sebuah kondominium, Jalan Pinang, ibu negara, pada Selasa.

Air Kosong | KPDNHEP nafi tetapkan harga RM1 segelas
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, pemeriksaan Ops Catut 8.0 (air kosong) diadakan sejak 7 April lalu adalah hanya untuk mendapatkan maklumat berhubung harga kos dan harga jualan air kosong.

10 Berita Pilihan - (14 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Kamu adalah hero saya' kata kanak-kanak tersepit kaki kepada bomba
Raydon Koh berterima kasih kepada anggota bomba ketika mengeluarkan kaki kanannya yang tersepit di dalam saluran paip lubang tandas.