Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menyifatkan tugas yang dilakukan Numan Ariff sebagai tidak ternilai.

Dalam mesej ringkasnya kepada media, menteri paling muda Kabinet 2018 itu menghormati keputusan perletakan jawatan individu yang membantunya sejak kempen untuk Pilihan Raya Umum lalu.

"Segala khidmat kamu sebelum ini tidak ternilai sejak hari berkempen.

"Moga sentiasa tabah dan saya sentiasa menghormati keputusan.

"Kamu akan sentiasa jadi bro saya," jawabnya ringkas.

Numan Afifi yang dikecam sebelum ini mengambil keputusan meletak jawatan daripada tugas sebagai pegawai media sementara Syed Saddiq.

BACA: 'Pegawai akhbar' Syed Saddiq letak jawatan

Menerusi kenyataan medianya pada Isnin, Numan menyifatkan kecaman dan ancaman yang hebat oleh agen propaganda pembangkang telah menyebabkan mustahil untuknya menjalankan amanah yang diberi.