awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanabis ditemukan di bilik jana kuasa pangsapuri, bukan stor TNB - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
08/12/2021
21:15 MYT
Kanabis ditemukan di bilik jana kuasa pangsapuri, bukan stor TNB - Polis
Polis menafikan kenyataan penemuan dadah jenis kanabis seberat 12.92 kg yang dikatakan ditemui di stor simpanan milik TNB pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Polis menafikan kenyataan penemuan dadah jenis kanabis seberat 12.92 kilogram (kg) yang dikatakan ditemui di stor simpanan milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lokasi sebenar penemuan dadah berkenaan adalah di sebuah bilik jana kuasa di salah satu blok di Vista Angkasa, Jalan Kerinchi di sini.
"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields ingin memohon maaf atas kekhilafan dalam menyatakan tempat kejadian sebenar dadah tersebut dijumpai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan berkenaan penemuan sebanyak 12.92 kg kanabis dianggarkan bernilai RM32,315 yang ditemui di dalam sebuah stor simpanan di sini.
Mengulas lanjut, Amihizam berkata jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada seramai 4,308 orang pengguna.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Daerah Brickfields
#kanabis
#Amihizam Abdul Shukor
#stor simpanan milik Tenaga Nasional Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan