awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 10 tahun lemas di kolam hotel

Bernama
Bernama
31/12/2024
14:21 MYT
Kanak-kanak 10 tahun lemas di kolam hotel
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja'far berkata mangsa dijumpai di dasar kolam oleh bapanya yang berusia 47 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.
CHUKAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di daerah Kemaman, petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja'far berkata mangsa dijumpai di dasar kolam oleh bapanya yang berusia 47 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Beliau berkata siasatan mendapati kanak-kanak itu dan anggota keluarganya yang datang dari Pahang tiba di Terengganu pada 3.30 petang semalam untuk bercuti.
"Pada 5.30 petang mangsa serta beberapa ahli keluarganya turun mandi di kolam renang. Bagaimanapun ketika sedang asyik mandi, bapa mangsa menyedari anaknya hilang daripada pandangan.
"Setelah mencari beberapa lama, mangsa ditemui di dasar kolam dan dibawa naik sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Muhamad berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 8.20 malam dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai terutama ibu bapa supaya lebih peka dengan keselamatan anak-anak ketika di kolam renang bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#lemas
#kolam hotel
#Polis Daerah Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan