Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun maut selepas kereta bapanya yang rosak di lorong kecemasan dirempuh sebuah kereta lain di KM66.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol
Pendang, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata, mangsa dikenali sebagai Mohammad Nurhakimi Suzlisham meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk mendapatkan rawatan selepas kemalangan yang berlaku pada pukul 10 pagi tadi.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada pemberita hari ini dan menambah, pemandu sebuah lagi kereta berusia 23 tahun yang terlibat dalam kemalangan itu cedera dan menerima rawatan di HSB.
Bapa mangsa, Suzlisham Salleh, 38, berkata, dia dan isterinya Suhana Sallehuddin, 37 serta tiga anaknya termasuk Mohammad Nurhakimi sedang dalam perjalanan ke Tanah Merah, Jitra dari Pulau Pinang.
Sampai di lokasi kejadian katanya, kereta dinaiki mereka sekeluarga rosak membuatkannya berhenti di lorong kecemasan dan keluar untuk memeriksa enjin kereta sebelum bahagian belakang keretanya dirempuh sebuah kereta lain.
Bercakap kepada pemberita di Bilik Forensik, HSB, Suzlisham berkata, sejurus selepas kemalangan dia telah memeriksa keadaan isteri serta anak-anaknya dan mendapati hanya Mohammad Nurhakimi tidak sedarkan diri, manakala yang lain tidak cedera.
Jenazah Mohammad Nurhakimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanah Merah, petang tadi.
Bernama
Thu Sep 24 2015
Jenazah Mohammad Nurhakimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanah Merah, petang tadi. - Gambar Fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Pendang
Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun maut selepas kereta bapanya yang rosak di lorong kecemasan dirempuh sebuah kereta lain di KM66.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Pendang.